Pengikut

http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com

Selasa, 15 April 2014

Tamat Kisah...

Tamat kisah...
Sabar telah lelah..
Jemu keluh kesah..
Ini penyudah

Tamat kisah..
Kasih belum sudah
Bernoktah tekad payah
Pasrah..
Sudah..sudah..

Tamat  kisah...
Dari terus parah
Baik  begini sudah..
Terukir tidak di wajah..
Di hati lama parah
Akhiran melelah
Aku pasrah..
Tamat Kisah..


Coretan hatiku:
fz
12:26 pm

15/4/2014

Isnin, 14 April 2014

Perlu Melangkah..

Aku melangkah.....
Laju....kadang terlalu sopan
Semangat tika ada hala tuju
Kadang lemah longlai berbelah bagi
Tika destinasi tidak pasti..
Aku melangkah...
Letih terkadang melayan sendi lesu...
Langkah terkadang dipaksa
Semangat yg tiada..



Nukilan...
fz..
9:16 pm
14/4/2014

Jumaat, 16 Ogos 2013

Sayang Di Jiwa

Warna warna hidup ini beraneka
Ceria duka silih menyapa
Aku saja jadi leka
Sedar2 saja telah tua..
Dan semalam hanya tinggal nama
Warna warna hidup ini beraneka
Aku kenal dia..dia..mereka..
Sayang..kasih..ada berbagai rasa
Dan cinta memenuh jiwa
Hati berbunga ceria
Warna warna hidup ini beraneka
Suram di hati singgah sebentar
Bahagia biar kekal lama
Hidup ini sementara
Sayang biar sentiasa di jiwa...
 
 
Nukilanku:
fz
12:12 a:m
16/8/2013

Bicara Malamku

Mengapa ada raut resah
Sedang tawa itu zahirnya..
Mata itu berkaca-kaca..
Getar hati ntah apa irama..
Senyum...
Palsu berjiwa..
tertipu mata mata mereka
Keletah manja mesra payah dibeza
Bijak atau apa nama..
Tika rahsia hati dan mata..
Terlihat tidak terduga..
Atau kuat namanya..
Senyum dalam payah tanpa suara
Payah yg tidak bersuara
Hanya bicara hati menyimpul semua..
 
 
Bicara malamku...
Fz..
12:00 a:m
16/8/2013

Khamis, 15 Ogos 2013

Di Mana Aku..

Di mana aku..
Terawang aku selalu...
Termangu dlm angganku..
Dlm bisu rahsiaku..
Tuhanku..
Yg Maha Tahu..
Aku sendiri selalu..
Mengatur tiap rentakku..
Dlm pendam resah kalbu..
Kuat itu nadiku..
Doa itu nyawaku..
Di mana aku..
Di dasar nyata atau khayalanku..
Sedar itu mengawal akalku..
Senyum aku dalam waras tuturku..
 
 
Nukilanku:
Faiz Faaiza Zaharee
11:43p.m
15/8/2013

Khamis, 21 Februari 2013

Pelangi Hadir Akan Pulang


Pelangi lagi di hujung hujan membasah bumi
Berlari sepadang ceria hati segudang
Bukan mimpi khayalan bertandang
Memang pelangi yg dipandang
Mata melirik dalam senyuman
Di dalam ketahuan aku seorang

Pelangi lagi di hujung hujan membasah bumi
Hati berlari itu sambil menyanyi
Cukuplah riang itu seketika datang
Sedar realiti hadir hanya kekadang
Pelangi sebentar lagi kan pulang

Pelangi lagi di hujung hujan membasah bumi
Tiada takrifan makna yg cukup dalam
Hadir itu kan tetap ditunggu datang
Walau hadir sedetik sesudah hujan pulang


Nukilan:
Fz Cyunk
5:35 pm
21/2/2013



Rabu, 20 Februari 2013

Harum Bunga...


Hanya ingin menghidu harum bunga..
Lembut menusuk ke tangkai jiwa
Dan hati terus mekar semahunya
Ia diluar kawalan rasa

Hanya ingin menghidu harum bunga..
Di taman indah sering di pandang mata
Aku hanya pecinta alam semesta
Awalan pandangan kosong belaka

Hanya ingin menghidu harum bunga..
Akhirnya telah menawan sukma
Pada haruman yg menawan jiwa
Lembutnya sebati meresap sama

Hanya ingin menghidu harum bunga..
Pesona sering meresah dada
Dan aku rebah di taman pujangga
Kala haruman menyesak jiwa raga


Nukilan:
fz cyunk



FZ Cyunk Bhd