Pengikut

http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com

Ahad, 31 Julai 2011

Esok Yang Tak Pasti..

Di kumpul seluruh kekuatan diri,
Ingin mengorak langkah pergi,
Namun tak berdaya lagi,
Hati rela terus di sini.
Esok yang tak pasti...
Walau tiada janji terpatri,
Tiada pengharapan di hati,
Sentiasa berpijak pada realiti,
Namun tak ingin melangkah pergi,
Tak ingin di undur diri,
Tak ingin mara lagi,
Esok yang tak pasti..
Realiti itu sama2 kita sedari,
Tidak kita pernah lupa diri,
Hanya hati pengikat diri,
Sayang untuk dilepas pergi..
Kesayuan sering menyapa diri,
Kala tersedar dari mimpi,
Resah bersarang di hati,
Esok yang tak pasti...
Kasih kian bersemi,
Naluri yang mulai terusik kini,
Namun realiti membatas diri,
Kerana esok yang tak pasti.


Nukilan :
>>>faiz<<<
12.00 a.m,
30/7/2011

Sabtu, 30 Julai 2011

Kita Bukan sesiapa..

Mengapa sukanya mencerca,
Mengapa sukanya mengkritik segala,
Mengapa sukanya membahas salah mereka,
Kita bukan sesiapa...
Tiada hak menghakimi sesama kita,
Tiada hak menilai sesiapa,
Kita hanya manusia kerdil cuma,
Dianugerah hati utk dijaga,
Sayangi hati kita,
Agar bersih & suci sentiasa.


>>>Faiz<<
9:58 p.m,
30/7/2011.

Hayatilah Ramadhan....

Tibanya Ramadhan,
Gembira di hati semua ,
Aidilfitri bermain di mata,
Lagu raya yang bergema,
Mengamit rindu kenangan raya,

Hadirmu Ramadhan,
Mengundang duka di hati jua,
Duka menghitung kira-kira,
Aidilfitri di mata,
Serba baru segala.

Ramadhan,
Kesibukan segala,
Segala yg terbaik ingin disedia,
Berhabis-habisan demi raya,
Kesian kita....
Kesilapan konsep pula.

Hadirmu Ramadhan,
Seharusnya keinsafan memenuhi jiwa,
Bulan ibadah bukan kesibukan persediaan raya,
Memadailah bersederhana..
Usah menghadap hidangan berbuka
Hingga tak mampu berkalih pula
Maghrib berlalu saja..
Sibuk sentiasa...
Tarawih terabai jua
Saat takbir raya bergema,
Keinsafan tidak menyapa,
Ramadhan yang sia-sia...

Nukilan rasa:
>>faiz<<
1:51 p.m,
30/7/2011.

Malam Makin Larut...

Malam makin larut...
Fikiran mengusut
Ada kerunsingan
Menghantui fikiran
Malam kian larut
Mata kian layu
Hati mengecut
Fikiran tambah kusut
Malam makin larut,
Bulan & bintang
Ingin aku jadi pungguk
Pungguk merindukan bulan
Ingin aku gapai bintang
Tak kesampaian dek tangan
Malam makin larut,
Sepi itu indah
Bagi yang menghayati
Sepi itu menyakitkan
Bagi yang sakit....
Sakit yang pelbagai erti
Malam yang mengerikan itu pasti
Malam makin larut,
Tidurlah dengan keindahan malam
Rehat minda segala
Malam yang penuh rahsia alam..

Khamis, 28 Julai 2011

Hati Tak Keruan...

Hati yang tak keruan,
Menggunung kesalan,
Sukar memaafkan segala ketelanjuran,
Bukan tak sayang,
Jauh ingin melupakan,
Dirimu sayang yang telah ku sayang,
Hati tak keruan,
Kesalan yang panjang,
Ku turutkan amarah hingga melukakan,
Menggundang gundah  nan seharian,
Kewarasan akal diketepikan,
Emosi diri terlepas pandang,
Hati tak keruan,
Ketelanjuran yang mengaibkan,
Kesalan hati moga tak berulang,
Memaafkan...
pasti dimaafkan...
Melupakan...
Pasti payah tuk dilakukan....


Nukilan :
>>>faiz<<<
>>>9:45 p.m<<<
>>>28/7/2011<<<

Rabu, 27 Julai 2011

Sakitnya!!!!

Saat ia datang...
Seluruh jiwa pedih
Teramat menyakitkan
Dicengkam perasaan
Mengapa terlalu sakit??
Terluka sendiri
Entah berbaloi @ tidak
Segala kepedihan ini
Tertanya-tanya pada diri..
Haruskah diterus segala rasa ini..
Atau tinggalkan saja dipersimpangan ini
Abaikan segala rasa hati
Segalanya amat menyakitkan
Lara di hati yang terpendam
Tak mampu dileraikan
Hanya akan menyakitkan
Kala hati  membeku...
Lebih baik membisu...
Tiap patah kata yang terlontarkan
Hanya akan melukakan
Dirimu duhai sayang...


Nukilan hatiku:
>>>faiz<<<
12:15 a.m,
27/7/2011.

Ahad, 24 Julai 2011

Takdir Tuhan Tiada Yg Mengerti..

Semalam telah berlalu..
kenangan demi kenangan telah dilewati,
Pahit manis kehidupan silih berganti,
Banyak yg telah dilewati,
Lewat waktu ini..
Kealpaan atau kebosanan,
Atau tiada sealiran puncanya,
kekeliruan barangkali.,
Atau ada baja-bajaan yg terlupa disirami,
Lantas bunga-bungaan itu kian layu,
Serinya kian pudar ditelan waktu,
Semalam yang dilewati,
Adakah kesalan atau kesilapan,
Takdir Tuhan tiada yg mengerti.
Esok yg menanti...
Sinar mentari yg tak pasti,
Mekar atau layu lagi
atau terus terkulai layu ke bumi...


Nukilan rasa:
>>faiz<<
>>24/7/2011<<

Puji-pujian...

Pujian itu buat aku tersenyum,
Pujian itu sering buat aku gembira,
Pujian itu kekadang buat aku bangga,
Pujian itu buat aku perasan pula..
Wakakaa...
Semua orang suka dipuji,
Semua orang bangga dipuji,
Semua orang mengharap dipuji,
Namun bukan semua ikhlas memuji.
Puji-pujian itu,
Usah diambil peduli,
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri,
Harus sedar diri,
Harus cermin diri,
Segala kecantikkan diri,
Hanya pinjaman dari Illahi.
Harus mensyukuri,
Anugerah Illahi.
Puji-pujian itu,
Jangan sampai memakan diri,
Jangan sampai merosak diri,
Jangan sampai disalah erti,
Elokkanlah pekerti,
Secantik rupa diri,
Cantikan iman di hati,
Cantiklah di mata juga di hati..



>>>>faiz<<<
>>>7:08 p.m<<<
>>>24/7/2011<<<

Sabtu, 23 Julai 2011

Keprihatinanmu..

Keprihatinan yg dalam,
Kelembutan tuturmu sayang,
Menyentuh hatiku dalam diam.
Dalam ketidak upayaan,
Dalam kepedihan sendirian,
Apa yg mampu kuharapkan...
Apa yg mampu aku berikan...
Ucapan yg tak mampu aku luahkan,
Tersekat dirongga,saat ingin dilafazkan
Tenggelam dalam lautan perasaan.
Sewajarnya aku tidak ingin
Membebankan,
Merunsingkan hatimu sayang,
Memikirkan aku seharian,
dalam kesibukan rutin harian.
Keprihatinanmu sayang,
Buat aku tambah sayang,
Rindu yg makin dalam.
Keprihatinanmu sayang,
Kemesraan yang kita jalinkan,
Wujud persefahaman,
keserasian,.
jadi sayang
amat payah diusirkan ,
Amat payah utk di realisasikan.
Hanya impian dan harapan
Entah bila jadi keyataan.

Nukilan:
faiz,
11:01 a.m,
23/7/2011.

Jumaat, 22 Julai 2011

Ikhlas..

Aku hanya ingin keikhlasan dlm hidup,
Bukan wang ringgit yg di damba,
Aku hanya perlu kejujuran,
dalam kelangsungan hidup,
Bukan lambakan emas permata,
Ianya takkan meyilaukan mata,
Aku bukan materialistik,
Aku hanya pencinta kedamaian,
Mencari kebahagiaan dalam kehidupan,
Mencintai kejujuran & keikhlasan,
Aku bosan dengan kepuraan,
Aku bosan dengan pegkhianatan,
Aku bosan dengan pendustaan.


>>> Keikhlasan hati akan mengatasi segala rasa iri hati dalam diri.Seorang pemilik hati yg ikhlas memiliki hati yg sgt penyayang & pemurah...Namun usah berharap pada segala pembalasan krn hati yg ikhlas tidak mengharap sebarang pembalasan.Ikhlaslah dalam setiap perlakuan..



Aku...
faiz,
10:18 pm,
22/7/2011.

Seandainya Kita Tidak Kaya...

Seandainya kita tidak kaya harta,
Tidak bermakna kita gagal dlm kehidupan,
Seandainya kita tidak kaya,
Syukurlah andai kita kaya kasih sayang,
Seandainya kita tidak kaya,
Biarlah kita kaya dengan segala kebaikan,
Seandainya kita tidak kaya,
Kayalah dengan budi bahasa,
Seandainya kita tidak kaya,
Kayalah dengan segala keikhlasan,
Kayalah dengan sifat belas ikhsan,
Kayalah dengan kesabaran,
Kayalah dengan kejujuran,
Seandainya kita tidak kaya,
Kayakan dada dengan ilmu,
Seandainya kita tidak kaya,
Buktikan kita juga mampu berjaya,
Punya peribadi mulia,
Punya kekuatan jiwa,
Punya kehidupan bahagia,
Punya bahagia di jiwa,
Sesungguhya kekayaan itu bukan pengukur bahagia,
Kebahagiaan dunia & akhirat.




Nukilan:
faiz,
7:32 p.m,
22/7/2011.

Lagu: Selagi ada rindu...

Khamis, 21 Julai 2011

Menghitung Kewajaran Hati..

Menghitung bintang-bintang di langit,
Menghitung kewajaran hati,
Menghitung kebenaran,
Menghitung kebarangkalian,
Aku tertunduk sendiri,
Tak mampu mendongak ke langit,
Terlalu kerdil rasa diri,
Terlalu tinggi ingin ku gapai,
Awan..bintang..
Nyata tak kesampaian,
Menghitung kewajaran tindakan,.
Ada rasa sesalan...
Menghitung hari-hari yang telah ku lewati,
Menghitung hari-hari yang tak pasti,
Ada gundah di hati...


Nukilan hatiku:
>>faiz<<
>>21/7/2011<<

Rabu, 20 Julai 2011

Ingin Aku Berlari Riang...

Ingin aku berlari riang.....
Seperti burung berkicau terbang
Di hati ada namamu sayang
Berbunga cinta mekar bertaman
Ingin aku berlari riang...
Berbunga indah memenuhi taman
Ibarat mimpi indah yang datang
Bahagia hati sukar dizahirkan
Ingin aku berlari riang
Bunga-bunga indah memenuhi taman
Penuh keharuman penuh keindahan
Bahagia di tengah dunia idaman
Penuh cinta setaman
Ingin aku berlari riang
Menjerit semahunya namamu sayang
Berlari riang di tengah taman..
Tidak ingin aku pulang....

>>>faiz<<<
>>>9:59 pm<<<
>>>20/7/2011<<<

Digamit Rindu

 Desir angin dan hujan menerpa
Ku peluk tubuh kedinginan
Digamit rindu padamu
Amat menyakitkan
Hati tak keruan
Fikiran jauh terbang
Ada rasa sayang..
Tanya pada hati..
Tanya pada akal
Hati tak mampu berkata
Akal tidak pernah menipu
Tidak pernah menidakkan
Akal menuntut kewarasan tindakan
Mulut pula terkunci menyimpan  
Rindu yang bertandang
Tak mampu tertahan
Digamit rindu padamu
Hati meronta ingin dibelai
Melerai rindu terpendam
Rindu padamu sayang
Buat aku longlai
Kesakitan dek rindu yang dalam
Hanya memeluk bayangmu sayang
Dari kejauhan...

Nukilan rasa:
faiz,
10 pm,
20/7/2011.

Selasa, 19 Julai 2011

Kau Yang Ku Sayang....

Sayang..
kau yg ku sayang
kau yg ku rindu
kau di hatiku
Ada rindu yg dalam
Ada sayang yg makin mendalam
Ada kemanisan kemesraan
Ada keindahan kasih sayang
Kau yang ku sayang
Hanya kau di hatiku
Dalam tidurku
Dalam jagaku
Dalam angganku
Ingin sentiasa di sampingmu
Dalam dakapan mesramu
Hanya kau yg ku sayang...

>>>faiz<<<
>>>1:11 p.m<<<
>>>19/7/2011<<<

Isnin, 18 Julai 2011

Jiwa Kacau

Melayan jiwa lara
Melayan hati luka
Melayan hati kecewa
Hanya tambah duka
Melayan jiwa kacau
Sedih,duka &luka
Hanya melukakan
Insan dikasihi
Tanpa disedari
Tanpa diingini.

Jiwa kacau..
faiz
10:24 p.m
18/7/2011

Redha Takdir Illahi

Seharusnya kehidupan ini dinikmati
Penuh kesyukuran..
Penuh penghayatan
Penuh ketabahan
Penuh keyakinan
Seharusnya takdir Tuhan itu diredhai
Tanpa keluhan
Tanpa sesalan
Tanpa pertikaian 
Seharusnya tiada gundah di hati
Yakin pada Illahi
Ada nikmat yang tersembunyi
Ada kemanisan yang menanti


Aku ingin senyum selalu:
...faiz,
10:07 p.m,
18/7/2011.

Sayunya Hati...

Sayunya hati
Saat mengenang nasib diri
Entah apa yang menanti
Di penghujung perjalanan ini
Sayunya hati
Tamparan kuat menguji
Saat ingin dicintai
Dugaan menguji diri
Sayunya hati
Andai itu takdir diri
Tiada yang bisa mengerti
Kehancuran di hati
Sayunya hati
Bila sendiri..
Memendam rahsia hati
Menanggis sendiri.


Nukilan rasa:
>>faiz<<
>>8:44 p.m<<
>>18/7/2011<<

Bahagia Dicintai..

Damainya hati...
Dalam dakapan kekasih hati
Bulan bintang jadi saksi
Bahagia cinta yg bersemi
Bahagianya hati
Dipeluk cinta hati
Kasih yang tak bertepi
Bahagia di cintai
Bahagia dikasihi
Sengsaranya hati...
Andai tiada cinta di hati
Dalam keterpaksaan
Tanpa rela di hati
Amat menyeksa diri.



>>>Faiz<<<
8:24 p.m
18/7/2011

Potret itu..

Menatap potret itu
Wanita dan bunga-bungaan
Akukah itu??
yang menguntum senyum
Dalam kelayuan
Dalam kelesuan
Dalam jiwa lara yg menggunung
Dalam kesayuan hati tak terbendung
Masih tersenyum
Menatap potret itu
Wanita berteman bunga-bungaan
Umpama hatinya yang berbunga se taman
Dalam raut wajah nan tenang
Bergelora jiwa di dalam
Mengharap kebahagian mendatang
Berharap segala keajaiban
Esok lusa yang penuh kebahagiaan.

>>>faiz<<<
>>>7:55 p.m<<<
>>>18/7/2011<<<

Ahad, 17 Julai 2011

Cermin Diri.

Cermin itu tidak menipu
Itulah wajah sebenarku
kasihan aku...
Telah lama tidak mencermin diri
Meneliti diri
Tidak layak utk ku mencintai
Tidak layak aku menyayangi
Elokku cermin diri
Lupakan segala rasa cinta di hati
Sememangnya aku tidak layak mencintai
Tidak layak mengasihi
kerana aku hanya  membebani
Dirimu duhai kekasih hati.



>>>Faiz<<<
>>>8:20 p.m<<<
>>>17/7/2011<<<

Terima Kasih...sayang!!!

Sayang..
Kau sentiasa ada
Kau sentiasa buat aku ingin dimanja
Kau sentiasa buat aku rasa berharga
Kau sentiasa buat aku bahagia
Kau sentiasa buat aku dahaga
Pada kasih dan sayangmu
setiap masa

Sayang..
Kau sentiasa ada
Kala aku memerlukan
Kala aku kelukaan
Kala aku keresahan
Ku adu segala permasalahan
Dalam pelukan
 Hanya kita ketahuan



Sayang...
Terima kasih atas segala perhatian
Terima kasih atas masa yg kau korbankan
Terima kasih atas segala kasih sayang
Terima kasih atas segala kebahagiaan yg kau pinjamkan
Walau tiada sayang yg dilafazkan
Aku tahu apa di hatimu sayang..
Terima kasih kerana kau sentiasa ada sayang
Aku sayang...sayang..sayang...kamu


Nukilan rasa:
faiz,
3:58 p.m,
17/7/2011.

Biar Aku Sendiri..

Ku ingin sendiri
Melayan hati yang sepi
Tiada yang mengerti
Tiada yang memahami
Ku ingin sendiri
Melangkah pergi
Cari bahagia di hati
Ku ingin sendiri
Usah persoal lagi
Lelah perhamba diri
Lelah memahami
Ku ingin sendiri
Melayan lara di hati
Tak ingin aku berkongsi lagi
Segala kemelut diri





Nukilan :
faiz,
1:30 p.m,
17/7/2011.

Cinta Kain Putih- Kump. Putera.

Sabtu, 16 Julai 2011

Angin mlm tiupkan bayu meredakan...

Termangu di ujung kamar
titisan air mata tiada terseka
ujung2 baju buat menyapu si air mata
rerambut kusut sekusut hati jua
Hembusan angin mlm tiada dinginnya
Membara merona amarahnya
angin malam,
tiupkan bayu meredakan
Amarah itu hasutan syaitan
Usah diturutkan..
Usah dilanjutkan..


Nukilan:
faiz,
8:37 p.m,
16/7/2011.

Dealova - Once.... one of my fav song.

Aku ingin menjadi mimpi indah dlm tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
yg mungkin bisa kau rindu
krn langkah merapuh
tanpa dirimu
oh kerana hati tlh letih
Aku ingin menjadi sesuatu
yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bhwaku selalu memujamu
tanpamu sepinya wktu merantai hati
Bayangmu seakan akan..
Kau seperti nyanyian dlm hati
yg memanggil rinduku pdmu
Seperti udara yg ku hela
Kau selalu ada..
Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa sepi..
dan sepi..


....faiz....
8:25 p.m,
16/7/2011.

Kau Sapa Hatiku..

Tika hati ini disapa
pintu yg terkunci itu terkuak jua
Berjabat salam mesra 
Keramahan budi indah pula 
Walau tak seindah rupa
Kau curi hatiku,bawa pergi..
Tinggallah aku termanggu sendiri...
Jasad yang separuh jiwa
Kembalilah.. pulangkan hatiku..
Duhai si pencuri hati..


Nukilan:
>>faiz<<
>>2:37 p.m<<
>>16/7/2011<<

Hargailah org yg kita miliki.mp4

Video ini menggingatkanku pd seseorg yg telah aku remove sbg fb friends pd April lalu utk kebaikan bersama... Thanks 4 everything...

Jumaat, 15 Julai 2011

Teraba-raba Mencari Arah.

Dalam kegelapan ku teraba-raba
Cahaya bulan kelam harapan yang ada
Melangkah pelan ibarat si buta
 Tercari-cari arah meraba-raba
Dalam kegelapan ku teraba-raba
Bulan & bintang cahaya yang ada
Tak putus doa ketemu lilin  atau apa jua
Sebatang mancis pun sudah bertuah
Besar jasa andai terjumpa
Dalam kepayahan kuteruskan jua
Dalam kegelapan ku teraba-raba
Ketakutan hanya percuma 
Mata hati panduan kita
Tanpa cahaya tanpa pelita
Yakinkan diri harungi jua
Dalam kegelapan teraba-raba
Tersesat simpang destinasi tersasar
Bukan mudah teraba-raba
Mata hati panduan kita.


Nukilan rasa:
>>>faiz<<<
>>>7:14<<<
>>>15/7/2011<<<

Khamis, 14 Julai 2011

Esok Yang Hadir...


Esok yg hadir...
Moga mentari memancar terang
Berteman suria menceria alam
Esok yang hadir
Beraraklah mendung..
Pergilah pulang..
Pimpin bersama awan hitam
Usah terlepas pegangan tangan
Eratkan pegangan pergilah pulang
Kutiup mentera penahan hujan
Kurafatkah usaha yang datang
Bertawakkal di penghujung jalan
Menanti ketentuan penuh kerelaan
Esok yang hadir
Pinjamkan aku semangat yg hilang
Keciciran dalam perjalanan...  


>>>>faiz<<<
>>>>11:45 p.m<<<
>>>>14/7/2011<<<                                                                                     
                                                                                   

Aku Dan Mawar Merah...


Setiap Detik Berlalu..

Setiap saat & detik berlalu...
Ibarat pesalah yang menanti diadili
Menanti jatuhnya hukuman mati
Sungguh tidak disenangi rasa hati
Setiap saat & detik berlalu
Menghitung silap sendiri
Debaran kencang di hati
Tunggu perbicaraan diri
Bosan dengan rasa hati
Aku bukan banduanmu 
Aku insan yang punya hati..
Ada privacy diri..
Andai ku tahu begini..
Pasti tidak ku jadi begini..

....faiz,
....12:43 p.m,
....14/7/2011.

Rabu, 13 Julai 2011

Inilah Dugaan..

Kala senyuman itu menguntum..
Kala hati berbunga
Kala mimpi baru tercipta
Kala bahagia menyapa
Ku sambut dugaan Mu Tuhan
Inikah dugaan??
Aku redha dan pasrah Ya Tuhan
Ada cinta di hati...
Ada mimpi yg indah...
Ingin kusimpan dalam dakapan
Tak rela dirampas dari genggaman
Inginku lena dalam tidur yg panjang
Takut pula terus terpejam
tanpa sempat terucap Selamat Tinggal
buat sekelian insan tersayang...
Terlalu sayang ingin tiduran
Terlalu sayang melepaskan malam
Takut tidurku lena yang panjang
Tiada esok akan datang...


>>>> Faiz<<<<
10:52 pm
>>>13/7/2011.

Selasa, 12 Julai 2011

Pahit Harus Di Telan..



Kenyataan itu amat menyakitkan...
Kebenaran itu sememangnya melukakan
Kepahitan yg harus ditelan...
Tak bisa dibuang dengan senang
Kau sulam cinta dalam diam
Kau semai kasih makin dalam
Saat tumbuh subur se taman
Diracun oleh kenyataan
kenyataan itu amat menyakitkan
Kepahitan jua harus ditelan
Kenyataan itu amat melukakan
Impian yang tak kesampaian


>>>faiz<<<
>>>6.50 pm<<<
>>>12/7/2011<<<

Aku rasa...aku..?????



Aku berasa seolah olah aku akan pergi...                    
Hati kecil kerap mengingat diri         
Hati kecik berbisik lagi
Aku berasa seolah olah aku akan pergi
Pergi yang takkan kembali
Aku berasa seolah olah aku akan pergi
Bersama rahsia di hati
Hanya aku yang mengerti
Senyuman yang penuh erti
Termampu aku beri
Aku berasa aku akan pergi
Jesteru aku ingin menyayangi
Sekelian yang aku kasihi
Merealisasi segala yang aku impi
Agar tiada kesal di hati
Aku berasa seolah olah aku akan pergi 
Bertahun aku menyembunyi segala rahsia hati..


Nukilan hatiku:
>>>  Faiz <<<<
>>> 12/7/2011<<<
                      

Apa Ada Dalam Hati..

Apa ada dalam hati??
Saat rajukku meninggi
Apa ada dalam hati???
Saat kecewa memenuhi hati
Apa ada dalam hati ??
Saat gundah di hati
Apa ada dalam hati??
Kala diri meratap sendiri
Apa ada dalam hati??
Waktu kecewa yg ingin kucari
Apa ada dalam hati??
Saat ku ingin melangkah pergi
Apa ada dalam hati??
Kala hati terluka lagi
Apa ada dalam hati??
Hanya rahsia di hati.....




Apa ada dalam hati???
hanya aku yg mengetahui... 
>>>  faiz  <<<< 
2:21 a.m,
12/7/2011.

Andai Sayang,jangan membebani..

Aku tidak ingin membebani
Aku tidak ingin menyulitkan lagi
Aku tidak ingin rasa bersalah lagi
Biar aku sendiri...
Menempuh segala onak duri
Biar aku sakit sendiri
Tidak membebani
Tidak merumitkan lagi
Kehidupan insan yg disayangi
Aku hanya ingin disayangi
Namun hanya sekadar mimpi
Jesteru kecewa bersarang di hati
Lantaran hanya merumitkan lagi
Aku tidak ingin terus rasa bersalah lagi
Aku tidak ingin senyum yg menghiris hati
Aku tidak ingin rasa membebani
Aku tak ingin rasa bersalah lagi...



>>> faiz<<<<
1:45 a.m,
12/7/2011

Isnin, 11 Julai 2011

Aku Ingin Kau Sentiasa Ada sayang...

Aku ingin kau sentiasa ada sayang...
Belai hatiku penuh manja
Usap pipiku penuh kelembutan
Kucup pipiku penuh sayang
sentuh hatiku penuh cinta..
Aku ingin kau sentiasa ada sayang...
Pinjamkan aku dadamu yg bidang
Ingin kusandar kala kedukaan
Kubenam diri di dadamu sayang
Menanggis dalam pelukan
Ku adu segala permasalahan..
Aku ingin kau sentiasa ada sayang...
Menemani hariku yg kesepian
Menemaniku malam dan siang
Ingin ku bermanja tanpa batasan
Menyayangimu penuh keikhlasan..

Faiz..
3:09 p.m,
11/7/2011.

Seandainya Cinta Bisa Terzahir.

Seandainya cinta itu bisa terzahir
Seandainya hati ini bisa terpamer
Seandainya dalamnya cinta bisa diukur
Seharusnya tiada lagi rahsia
Seharusnya tiada lagi kecurangan
seharusnya tiada lagi ketidak puasan
Seandainya cinta itu suci
Mengapa harus ada benci
Seandainya cinta itu ikhlas
Mengapa harus ada kepalsuan
Seandainya cinta itu penyatuan kasih syg
Mengapa sukar utk dipertahan
Seandainya cinta itu indah
Seandainya cinta itu membahagiakan
Mengapa harus ada kelukaan
Mengapa harus nafsu diutamakan
Seandainya cinta di hati
Seharusnya bahagia mengulit  diri.

>>>ME:
>>> Faiz,
>>> 10/7/2011.

Khamis, 7 Julai 2011

Merenung Masa depan...

Merenung masa depan.....  
Merenung lautan yang tak terjangkau kedalaman
Merenung langit luas terbentang
Yang menakjubkan
Penuh kedamaian
Penuh kesyukuran
Merenung lautan yg tak terduga isi di dalam
Penuh kekayaan alam
Rezeki Illahi buat semesta alam
Merenung masa depan...
Ombak datang memukul pantai
Ombak menganas merubah kedamaian
Merenung masa depan..
Burung-burung bebas berterbangan...
Langit biru yang mengasyikkan
Keindahan yg tiada tolok bandingan
Begitu Kuasa Tuhan...
Yang tak terjangkau akal fikiran
Begitu banyak keajaiban
Kita hanya insan kerdil makhluk Tuhan
Hanya mampu merancang
Tuhan juga yg menentukan
Merenung masa depan...
Mengharap pada segala kebahagiaan
Yang berkekalan
Yang membahagiakan
Penuh keceriaan...  



Hasil nukilan,
faiz...
 3:00 p.m,
7/7/2011.


 



Kedalaman

Rabu, 6 Julai 2011

Hadirlah Mimpi....

Hadirlah mimpi..
Di keheningan malam  
Ulit tidurku penuh keindahan 
Saat lenaku penuh kelesuan  
Putera idaman menemani malam 
Hadirlah mimpi...
Dalam lena yang panjang...
Terlerai rindu kasih terpendam
Terikat kasih di tangkai harapan
Bebunga cinta yg kian berguguran...
Hadirlah mimpi...
Seharum mawar... 
Berbunga mekar penuh kesegaran 
Aku yg rindu pada harum mawar... 
Mengharap mimpi yg berpanjangan... 
mengharap kasih sewangi mawar...
Mengharap kasih yang takkan padam...


>>>>>  faiz,,,,,,
                                                                              9:45 pm,
                                                                              6/7/2011.

Terdera Hati...

Aku yg sepi menanggisi diri
Terdera hati sejak azali
Hanya minta utk difahami
Secebis hati yg dilukai
Mengapa terdera hatiku lagi
Puas sudah menanggisi diri
Bahagia dicari merobek hati
Lantaran diri yg tak difahami
Jangan kau lukai hatiku lagi
Terdera hati ku pujuk sendiri
Terulang lagi sekian kali
Kupujuk lagi diri sendiri.
Mengapa kau biar aku begini
Menanggisi diri kecewa lagi.

Mengapa Buat Aku Menanggis Lagi...

                                                           
                                                        
Mengapa kau biar aku menanggis...                                                                                                           Mengapa kau buat aku menanggis                                                                                                               Mengapa kau suka aku menanggis                                                                                                              Mengapa kau buat aku berduka...                                                                                                              Mengapa kau biar aku terluka                                                                                                                    Mengapa payah terlalu payah utk kau terima                                                                                            Aku seadanya                                                                                                                                            Terlalu penat aku bertahan                                                                                                                       Terlalu penat aku menahan                                                                                                                       Terlalu penat aku memendam                                                                                                                   Terlalu lama aku pendam                                                                                                                         Jangan aku dipaksa                                                                                                                                  Jangan terus memaksa                                                                                                                              Jangan buat aku gila                                                                                                                                 Kerana kesabaran itu ada batasnya....                                                                                                    



Mengapa aku harus menanggis..
                                                                         ~faiz,
                                                                          ~12.02 a.m,
                                                                          ~6/7/2011.

Selasa, 5 Julai 2011

Cinta itu buat aku sakit...

Seharusnya rasa bahagia 
Dicintai.... disayangi... 
Seharusnya bebunga riang di hati
Kerana bahagia disayangi... 
Mengapa penuh kelukaan...
Mengapa hati ketakutan..
Mengapa hati penuh tekanan
Mengapa cinta itu buat aku kesakitan
Benarkah itu cinta??? 
Sulit diperkatakan...
Penuh kesakitan...
Penuh pengorbanan...
Sakit utk dihayati...
Berilah aku ruang....
Sedikit utk diri...  
                                                                                     Aku juga insan yg punya hati... 





Aku yg sakitttttt....
.....faizzzzzz,
10:47 p.m,
5/7/2011.
                                                                                  

Hapuslah Air mata..

Hapuslah air mata...
rawatlah segala duka
Cinta penuh luka 
Diabaikan saja
Hapuslah air mata
sekalah ia...
tersenyumlah ceria
usah terus berduka..
Apa ada pada cinta...
Hanya bahagia seketika..
Bisa hidup tanpa cinta
Takkan kurang apa-apa.
Hapuslah air mata
Usah terbazir masa
Cinta luka memakan jiwa
merana sia sia...
Bangkitlah abaikan duka
Kita cipta dunia
Melangkah maju penuh cinta
Cinta pada kerjaya
pada tuhan yg Esa ....


~ ~ faiz,
~~ 5:24 p.m,
~ ~5/7/2011.

aku wanita...cantikkah aku??

Aku wanita... 
suka pada segala kelembutan...
suka pada semua kedamaian...
suka pada semua keindahan... 
Aku wanita...
yang manja...
penuh kelembutan
penyayang... 
penuh keikhlasan
namun aku bukan lemah...
Aku wanita... 
Pencinta kecantikan...
keayuan...
keanggunan...
Cantikkah aku???
Cantikkah budiku???
Cantikkah bahasaku???
Cantikkah aku di matamu???   


Cantikkah aku???
...huhuuuhu...
....faiz,
.....5:12 p.m,
.....5/7/2011.

Isnin, 4 Julai 2011

Seandainya.....

Seandainya kehidupan ini indah... 
kerana terisi dengan cinta 
Seandainya bahagia yang tak sudah 
Itu tandanya kau sememangnya bertuah
Seandainya cinta itu sentiasa mekar  
Itu tandanya kau ketemu pasangan yg tepat
Seandainya cintamu ada dusta...
Itu tandanya bahagiamu hanya di mata
Seandainya cinta di hatimu perlu dirawat
Itu tandanya ada yang tak tersirat
Seandainya cinta itu hanya buat kau terluka
Itu tandanya cintamu tidak se kuat mana
Seandainya cintamu hanya terpaksa
Itu tandanya kau sesungguhnya terseksa
Seandainya cintamu telah tiada
Itu tandanya bahagia yang kian tiada
Seandainya cinta itu hanya tanggungjawab
Itu tandanya sememangnya kau sgt bertanggungjawab..
Namun cinta itu sememangnya sukar di mengertikan
Kerana cinta hadir tanpa dipaksa.. 



Sedalam manakah cintaku...
....faiz,
....8:14 p.m,
....4/7/2011.

3 kuntuman Mawar Merah- I Love You!!!

Mawar merah...
dalam kenangan
Sejambak mawar
penuh keharuman
Mawar oh mawar...
Tersimpan kenangan
Tanda kasih yg tak terlafazkan
Tanda cinta seorang teman
Kasih teruna penuh keikhlasan
Mawar merah dalam jambangan
Tersentuh hati kegadisan
Salam cinta tersambut riang
Sayangnya tidak berpanjangan
Saat hatimu aku lukakan..
                                                                                Saat ku hulur salam perpisahan
                                                                                Kurobek hatimu penuh kelukaan
                                                                                Mawar merah jadi kenangan...
                                                                                Kisah cinta tahun 90 an..
                                                                                Tiada rindu hanya kenangan
                                                                                 kerana tiadanya keserasian
                                                                                 Kacak rupa persis hindustan
                                                                                 bukan ukuran.... 
                                                                                 Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. 



     dalam kenangan...  Jan.1993,
     .....faiz,
     7:48 p.m,
     4/7/2011.

Kehangatan Cinta....

Turun hujan membasahi bumi
Kehangatan cinta buat kita lupa diri
Pada kebasahan dan kesejukan diri
kehangatan cinta hadir lagi
Bergetar segenap jiwa
Dalam dakapan mesra yg dicintai
Dalam kehangatan cinta nan suci
ingin dibelai mesra...
Bahagianya cinta...
Bahagiakah cinta???
Hanya penyatuan dua jiwa
Andai hati berbicara
Persoalan cinta yang tiada sudahnya
Saat cinta merantai jiwa
Saat cinta tiada pada jasadnya
Saat cinta hanya kepalsuan belaka
Saat cinta hanya keperluan semata
Bahagiakah cinta??? 
Andai hanya jasad penyatuannya.. 
Tiada perkongsian rasa
Persefahaman melayari bahagia
Perbalahan yang tiada sudahnya,,,
Cukupkah cinta???? 
Hanya jasad mengaburi mata 
Sedang hati entah ke mana...



Hebatkah Cinta????
Faiz....
2:49 p.m,
4 Julai 2011.

apa Di Cari???

Hati yg keliru.... 
Apa yg dicari...
Kekosongan hati dlm bahagia
Tiada cinta dalam cinta 
Kegersangan dalam lautan kasih yg dlm..
Teman... dlm berteman
Kasih dalam berkasihan
Sayang ada yg sayang
Hati yg keliru.....
Kosong dalam kebahagiaan
Ada ruang pembohongan
Kasih dlm kepuraan
Keikhlasan yg kurang...
Rindu pd ketulusan
Keikhlasan berkasihan
Bahagia kasih sayang
Yg tiada keterpaksaan....   



Sayang bkn paksaan....
faiz,
11:14 am,
4 Julai 2011.

Sudah Saatnya..

  

                                              Sudah saatnya.... 
                                              Ku lepas segala...
                                              Sudah saatnya.... 
                                              Hati ku terluka... 
                                             Sudah saatnya... 
                                             Aku kecewa... 
                                             Sudah saatnya...
                                             Ku usir segala rasa 
                                              Sudah saatnya...
                                             Harus ku lupa... 
                                            Sudah saatnya... 
                                             Ku akhiri semua...
                                             Sudah saatnya.... 
                                             Kau pergi jua......

.......................................................................................................................................  faiz,
                                                                                                                                         10:53 am,
                                                                                                                                          4 Julai 2011.

pahit Harus Ditelan jua...

Saat aku mengenalimu...
Saat kau menyapa..
Saat hati dibelai mesra..
Saat kau menagih masa
Hatiku tercuri jua...
Saat aku terbuai dek keindahan cinta
Saat lupa segala...
Saat aku memginginkan cinta
Saat kebahagiaan mulai terasa
Saat rindu & sayang memenuhi jiwa..
Ada luka di hujungnya... 
Saat ada rindu
Saat terkenang dirimu...
Saat tercabar ego ku
Ku buang segala malu
Saat aku menginginkan mu
Realiti itu sepahit hempedu


~yg pahit harus ditelan jua..
~faiz,
~1:11 a.m,
~4/7/2011.
aku & bunga-bungaan... yg berbunga pasti tiba musim luruhnya. Mawar yg harum pastikn layu jua bila tiba saatnya.... musim luruh berkunjung tiba.Harus ku sedia terima apa saja.Harus aku jangka saat ini kan tiba jua... harus aku redha tanpa kecewa...


Musim luruh????
faiz,
12.36 am,
4/7/2011.

Sabtu, 2 Julai 2011

Biarkan Ia Berlalu...

Haruskah aku terus berteka teki
Persoalan yg tiada di mengerti
Jawapan yang ternanti
Mempermain hati barangkali
Biarlah ia berlalu... 
Persoalan tiada erti
Kepastian yg tiada siapa fahami
Hanya kau barangkali
Namun ego melangit tinggi
Mengapa harus perbodoh diri
Terus berteka teki
Dalam kesamaran teraba raba mencari
Jawapan persoalan hati
Yang dalam teka teki
Biarlah ia berlalu... 
Masa akan merawat hati 
Mentari tak pernah bosan menyinari
Hujan kan turun membasahi bumi
Masa akan merawat hati
Biarlah ia berlalu... 
Usah dibiar keegoan itu
Membunuh ketulusan hati.


Nukilan rsa:
faiz,
8:35 a.m,

Add caption

2 Julai 2011.

Jumaat, 1 Julai 2011

Aku....dahulu dan sekarang!!!! ( pic)

wajah2 ku di usia 18 thn... dan ketika di usia 21 thn.

Di usia 20 thn...  thn 1993.


Di usia 38 thn... 2011.
Akukah itu???  Terlalu byk kenangan.Terlalu byk telah ku tinggalkan...   telah kulukakan  byk hati yg menyayang.. telah ku tinggalkan parut2 kelukaan... Diharap ada kemaafan... ada kebahagiaan.Ingin aku teruskan kehidupan dgn segala keindahan...berharap segala kebahagiaan... terus senyum dalam meniti kehidupan. Berbekal keazaman ingin teruskan perjalanan dengan segala keikhlasan... dengan segala kejujuran...sepenuh kasih sayang....                                                                                                       

FZ Cyunk Bhd