Pengikut

http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com

Selasa, 24 April 2012

Lamunan Hati


Lamunan hati..
Hati ingin disapa lagi
Disapa manja
Bagai begitu digila
Dirindu sentiasa
Lamunan hati..
Masa itu berlalu kini
Mereka hanya memuja seketika cuma
Kala si pencuri hati belum memiliki cinta
Hanya ingin mencabar diri barangkali
Makin sukar makin ia berani
Makin dekat tanpa henti
Hingga tertewas ego diri
Lamunan hati..
Tinggi langit dan bumi tiada terperi
Ujian Tuhan kerap menguji
Kala cinta menyapa diri
Tiada tertepis diri
Hanya mampu membatas diri


I am faiz
7:36 p:m
24/4/2012


Mei Mengintai Lagi...



Mei mengintai lagi..
April mengesot pergi
Kemelut berantai tiada terlerai
Silangkata bertanda soal di hati
Mei mengintai lagi..
 Hadir dalam misteri
Mei lalu bebunga warna warni
Bertaman saujana di hati
Biarlah rahsia abadi
Begitu kata hati
Mei mengintai lagi..
Fasa baru barangkali
Rencana Allah tak terjangkau akal ini
Terujikah egoku lagi
Hingga tertunduk kekilafan diri
Terbuntu dek mainan hati
Mei mengintai lagi..
 Memori merantai diri
Harus mengingat diri
Antara langit dan bumi
Bumi tetap dipijak diri







Nukilanku
fz cyunk
6:54 p:m
24/4/2012

Luahkan Segala Keluhan


Luahkan segala keluhan
Pada isi alam yg setia pd tuan
Bukan keluhan pada insan
Yg punya pendek akal fikiran
Luahkan segala keluhan
Walau tanpa lisan
Bisa saja dengan pena berkiasan
Dengan jemari menari sopan
Bibir bisu tanpa keluhan
Tiada sawang di fikiran
Luahkan segala keluhan
Tiada tersimpan walau cebisan
Luahkan pada segala Tuhan
Mohon kekuatan..petunjuk...perlindungan
Hati kan lapang keinsafan
Luahkan segala keinsafan
Bukan rungutan yg mendera perasaan
Bukan bebelan yg menzahir kedutan
Wajah kan tampak kekeruhan
Kusut dalam permasaalahan


Nukilanku:
fz Cyunk
23/4/2012

Sabtu, 21 April 2012

Entah Harus Bagaimana Aku


Entah harus bagaimana aku
Memujuk hati yg kian layu
Berguguran kelopak hati satu persatu
Tangkai hati kian layu
Mati kekeringan dlm sayu
Entah harus bagaimana aku
Bintang-bintang nan beribu
Tak mampu mengusir awan nan kelabu
Aku terus berteleku
Termangu dalam kelu
Memerhati bintang di langit kelabu
Ada namamu disitu
Ah! angauku terlalu
Entah harus bagaimana aku


Nukilanku:
fz cyunk
8:02 pm
21/4/2012



Kedamaian Yg Tak Ternilai



Dedaun kekeringan
Gugur ditiup angin petang
Nyamannya rasa diterpa angin kencang
Mata hanya memandang
Merasa dengan sentuhan
Keajaiban kuriaan Tuhan
Tiada ternilai kebendaan
Dedaun kekeringan
Hati bagai ingin terbang
Dibawa angin petang
Yg kencang meniup dedaun kekeringan
Seisi alam turut berasa girang
Kedamaian yg tak terbilang
Terlafaz dengan perkataan


Nukilan:
fz cyunk
7:59 p:m
21/4/2012

Senyuman Jua Buat Kamu



Dari garis-garis wajahku
Puas aku melakar emosi di kalbu
Mencorak pelangi dalam hatiku
Merentas rutin yg berpelangi seribu
Dari garis-garis wajahku
Lelah meniti usia ditelan waktu
Berlari manja merentas sekebun bunga yg menawan kalbu
Tiada seindah pandangan mata aku tertipu
Terluka dan terluka ditusuk sembilu
Tersorok dibalik bebunga yg menawan mataku
Dari garis-garis wajahku
Yang terhebat terpamer dari sinar mataku
Terkadang terpamer bahagia yg palsu
Seiring senyuman yg tak lekang dibibirku
Dari garis-garis wajahku
Tersimpul kemas jeritan batinku
Kelelahan merentas pelangi hidupku
Dan aku sentiasa tersenyum selalu
Pelangi hatiku bagai angin lalu


Nukilanku:
fz cyunk
7:37 p:m
21/4/2012




Aku terkedu..Melatah...


Aku terkedu....melatah kerana rasa
Harus ku belai-belai hati rajuk selembutnya
Melambai degil rasa semesranya
Harus ku tepuk-tepuk bahu sekerapnya
Biar rasa itu kian mesra
Aku terkedu...melatah kerana rasa
Meninggi ego dari batas yg terkawal jaga
Sesal di hati yg terselit tersorok rupa
Tangan tak mampu bertepuk sorak ria
Angin saja terasa sia-sia
Kerana tangan itu hanya sebelah saja
Aku terkedu...melatah kerana rasa
Kebudakan melebihi dewasa
Suhu badan mulai meninggi parasnya
Kewarasan ditahap minima saja
Kata putus yg tiada logiknya


Nukilanku:
fz cyunk
21/4/2012

Kerdil Diri Terasa


Dalam tiada daya kerdil diri terasa
Tinggi rendah darjat bukan punca
Kudrat dan daya tiada guna
Kala ajal memanggil nama
Tiada tertepis tertangkis ia tiba
Salam kemaafan terkadang lewat pula
Menginsafi diri alpa sentiasa
Dalam tiada daya kerdil diri terasa
Kecewa itu tiada guna
Salam keinsafan terbaik cara
Menanggisi diri bukan bijaksana
Kembali dalam pangkuan Nya
Terbaik cara persiap jiwa
Menempuh perjalanan di alam sana


Nukilanku:
fz cyunk
21/4/2012

Rabu, 18 April 2012

Tertunduk Malu Pd Kebodohan Sebuah Rindu


Tertunduk malu
Pada kebodohan sebuah rindu
Berenang ke tepian pun tak mampu
Lantas karam dan termangu
Tertunduk malu
Karam dilautan selalu
Benak yg sering buntu
Hati tak mampu membatu
Pada sebuah rindu

Nukilan Hatiku:
fz cyunk
18/4/2012

biarlah Rindu Itu Berlalu..


Hapuskanlah air mataku
Manik-manik jernih yg berjuraian laju
Pada tiap rindu yg sarat bertamu
Pada rindu yg tiada mengenal waktu
Hapuskanlah air mataku
Ingin aku berteriak sekuat hatiku..
Pergilah kau dari hatiku
Biarlah hati berlagu rindu
Biarlah aku pura-pura tak tahu
Sedang hati meronta-ronta menyebut namamu
Ah!! biarlah ia berlalu
Rindu itu begitu menyeksa kalbu
Hati ini terseksa merindu
Bagai ditusuk sembilu

Nukilan:
fz cyunk
5:30 p:m
18/4/2012

Selasa, 17 April 2012

Bicara Duka Tersulam Madah

Bicara duka tersulam madah
Membalut lara hati berdarah
Tergadah hati kian menanah
Dirawat sendiri tiada yg endah
Bicara duka tersulam madah
Melabuh diri di dlm gundah
Emosi terluah di hujung lidah
Terlakar amarah di balik wajah
Bicara duka tersulam madah
Lirih hati tiada yg endah
Kesalan hati tiada sudah
Kala hati dihambat amarah
Sayang di hati dilupa sudah


Nukilan:
fz cyunk
5:00 p.m
17/4/2012

Kebisuan Ku Penuh Ralat


Kebisuan ku penuh ralat
Tiada terluah apa tersirat
Menyusun tertib tiap ayat
Khuatir hati ada yg tersirap
Kebisuan ku penuh ralat
Luahan hati harus bertempat
Memilih ruang biarlah tepat
Tiadalah hati rasa tersayat
Kebisuan ku penuh ralat
Sendiri lagi menung yg sarat
Hati terisi penuh padat
Pendirian diri biarlah tetap


Nukilan Hatiku:
fz cyunk
2:20 p.m
17/4/2012

Isnin, 16 April 2012

Semakin Ia Kuatttt..


Semakin ia kuat
Semakin ia berat
Semakin ia melarat
Semakin tak terawat
Semakin ia kuat
Semakin ia hangat
Semakin ia bangkit
Semakin ia sakit
Semakin ia kuat
Semakin ingin dekat
Semakin rasa ralat
Semakin rasa terlewat 

Nukilan:
fz cyunk
9:06 a.m
16/4/2012


Adakah Aku Bukan Sesiapa..



Adakah aku bukan sesiapa
Yg layak dicinta selayaknya
Ingin dipuja seindahnya
Disayang seikhlas rasa
Adakah aku bukan sesiapa
Kosong hati dalam suka
Tawa di balik jiwa nan lara
Kasihani aku duhai jiwa
Terluka kerana menyayangi si dia
Hadir diri entahkan ada
Kasih harus dicampak ke mana
Adakah aku bukan sesiapa
Entah apa kurangnya
Jujurlah berkata
Jangan biar aku tertanya


Nukilanku:
fz cyunk
8:45 a.m
16/4/2012

Sukarnya Rasa..



Tiada kesengajaan dlm tuturku..
Tiada terniat melukakan mu
Tiada ku ingin kedinginan bertamu
Fahamilah aku..
Hati ini dihambat sayu
Pada kebisuanmu
Pada kedinginanmu
Mungkinkah tiada maaf buatku
Tiada ruang lagi di hatimu
Tiada kesengajaan dlm tuturku
Fahamilah aku
Hanya selokaku
Tiada terselit sindirian buatmu
Hanya keikhlasan sentiasa buatmu
Wlw memendam sejuta rasa buatmu
Tidak sekali aku melukamu
Dengan sengaja bicaraku
Aku pun tak tahu
harus bgm aku
menyayangimu
Tanpa melukakan mu
Salam kemaafan dari ku

Nukilanku:
fz cyunk
8:31 a.m
16/4/2012

Ahad, 15 April 2012

Di penjara Hati


Dalam penjara hati
Bertembok segala privasy
Berbatas luahan hati
Berbicara sendiri
Normal pada realiti
Dalam penjara hati
Teraba-raba sendiri
Terhad langkah ini
Keliru serba serbi
Diluah memakan diri
Ditelankan makan hati


Nukilanku:
fz cyunk
9:40 p.m
15/4/2012

Menanti Hadir Pelangi


Kala aku menguak jendela hati
Kedinginan diterpa angin pagi
Fajar menyingsing pergi
Ekor mata menyorot kata hati
Kala aku menguak jendela hati
Embun pagi kian disejat mentari
Hati tersenyum sumbing sendiri
Hukum alam memangnya begini
Tiada yg harus disesali
Kala aku menguak jendela hati
Memujuk hati lagi
Berhenti berharap hadir pelangi
Mentari kian memunculkan diri
Terbit mentari kian meninggi
Mustahilkan hadir pelangi

Nukilan Hatiku:
fz cyunk
15/4/2012

Hati Bukan Pelarian


Hati bukan pelarian
Berkelana musafir ikut keperluan
Rentetan hidup tiada kesudahan
Kasih yg hanya sandaran
Tiada upaya utk diperjuangkan
Hati bukan pelarian
Pergi datang tiada jemputan
Tiada tempat tiada haluan
Mengharap hadir dialukan
Mengharap ihsan si tuan
Hati bukan pelarian
Bukan sekadar persinggahan
Hati ingin penghormatan
Walau sekadar di pinggiran


Nukilan ku:
fz cyunk
14/4/2012

Jumaat, 13 April 2012

Teka Teki Lagi


Sarat teka teki di hati
Silap kiasan menjerut diri
Menghulur menarik si tali
Mengerti dalam tak pasti
Sarat teka teki di hati
Dilepas ditarik berkali-kali
Tiada tamatnya lagi
Masih berjuang sepenuh hati
Walau lelah menguji diri

Nukilan Hatiku:
fz Cyunk
6:45 p.m
13/4/2012

Wlw Hati Selembut Kapas


Wlw hati itu selembut kapas
Ia bkn lesen utk kalian merampas
Waima membuang serta meramas
Ikhsan hati harus berbelas
Aduhai hati tidak perlu kita berbalas
Janji Allah itu jelas
Tiap laku itu berbalas
Pujuk saja hati dengan waras
Tidak mengapa andai tewas
Asal emosi tidak terbabas
Amarah harus berbatas
Yg pasti kita tidak tewas
Sabar itu masih di atas
Aduhai hati..wlw selembut kapas
Lumat setelah diramas
Mereka lah yg tewas
Pemilik hati yang culas
Punya emosi dan waras yg mudah terbabas


Nukilanku:
fz cyunk
13/4/2012

Ada Yg Terkunci..Mati...


Ada sesuatu di hati
Bunga-bunga itu tak bersemi
Kembang yg tak menjadi
Ada yg kurang di sini
Di sudut hati barrangkali
Sesuatu yg terkunci
Adakah ia telah mati
Mati terkunci


Nukilan
fz cyunk
12/4/2012

Jgn Tertawa Mengeji Sesama Kaum Hawa


Lelah ku menjengah hati mereka
Mengapa perlu banyak bicara mengaib sesama
Hanya terlihat silap sesama kita
Mentertawa lepas bicara bersantai mesra
Namun mengapa bicara mengeji sesama
Lelah ku menjengah hati mereka
Barangkali diri berasa sempurna
Aku lelah melihat kamu tertawa
Tertawa kerana mengaib sesama kaum hawa
Usah begitu mengukur cela sesiapa
Fokuskan saja pada diri dan keluarga
Pelihara hati dan lidah kita
Usah bicara dan tertawa yg mengaib sesiapa


Nukilan Hatiku:
fz cyunk
11/4/2012


Tidak Aku Terpaku Pd Yg Palsu..


Hati bagai dipaku
Lidah kian kelu
Memalsu hatiku tak mamapu
Bicara itu biar kaku
Langkah itu kian kaku
Biarlah ia berlalu
Mata tak mungkin terpaku
Pada yg palsu..


Nukilan:
fz Cyunk
11/4/2012

Selasa, 10 April 2012

Kian aku menyelam Kian kutemui keindahan...


Dalam sempadan..
Masih kenal batasan
Masih kenal pangkalan
Masih boleh membeza darat & lautan
Dalam renung yg panjang
Tak terjangkau dalam lautan
Kian aku menyelam
Kian ku temui keindahan
Ingin aku terus memeluk segala angan
Damai dalam laut kebiruan
Penuh keindahan alam
Bahagia yg ku inginkan
Ingin aku terus menyelam hingga ke dasar lautan
Menyentuh tiap isi alam
Namun hajat itu pasti tak sampai
Pernafasan membatas tindakan
Harus kembali ke daratan
Daratan itu setia menanti kupulang
Walau cintaku pd lautan
Sekuat gelora di lautan


Nukilan:
fz cyunk
4:33 p.m
10/4/2012

Ahad, 8 April 2012

Batu Di Jalanan..



Hanya batu-batu di jalanan
Ah! hanya menyesak pandangan
Bukan permata yg bisa dibuat perhiasan
Sedap & kagum mata memandang
Biarlah..
Batu itu faham kedudukan
Janganlah dicampakkan
Dibuang walau tidak berkenan
Si batu itu juga punya perasaan
Walau tidak mampu menjadi perhiasan
Bertakhta elok dijemari disalut keemasan
Memadailah dihargai dirinya

Nukilan:
fz Cyunk
1:30p.m
7/4/2012

Jumaat, 6 April 2012

Aku Bukan Pencinta Yg Baik


Aku bukan seorg pencinta yg baik
Waima aku sungguh tertarik
Bagai magik
Tiap satunya tumbuh dengan baik
Walau tidak diselenggara baik
Aku bukan seorg pencinta yg baik
Kala hati mula tertarik
Pada bebunga yg sangat cantik
Hati bagai dicarik-carik
Ingin aku memetik
Lantas aku bagai terkena arus elektik
Saat hati ini dipenuhi bunga-bunga cantik
Aku bukan seorg pencinta yg baik
Kala aku cuba yg terbaik
Menyemai membaja menjaga agar ia terus cantik
Memang ia berputik
Namun tidak cantik
Rasa lelah mula berdetik
Kala kecewa berbisik
Aku bukan seorang pencinta yg baik
Wlw telah cuba yg terbaik

Nukilan Hatiku:
Fz Cyunk
6:34p.m
6/4/2012


Melontar Ingatan Bukan Mudah



Melontar ingatan
Tidak semudah melontar objek yg berat
Tidak semudah memadam segala tulisan tangan
Tidak semudah menukar menu harian
Sungguh ia tidak berat
Di hati sgt terbeban
Terkesan
Dan kesannya sebuah tanggisan
Walau ia cuma si air mata
Ada yg terguris
Dari tiap titik-titik jernih
Yang berjuraian
Walau diseka
Di hati tetap terasa pedihnya



Nukilan:
Fz Cyunk
6:15 p.m
6/4/2012


Hati Yg Kalut Bergelut Di Dalam


Hati yg kalut
Di dalam bergelut
Tenang dalam serabut
Dahi berkerut
Hati yg kalut
Walau dibalut
Tetap rasa takut
Terburai isi yg bersalut
Harus patut-patut
Membalut hanya yg sepatut
Hati yg kalut
Ada rasa yg terbantut
Tidak harus terus membontot
Dan hati ini hebat bergelut


Nukilan ku:
Fz Cyunk
5:30 p.m
6/4/2012

Khamis, 5 April 2012

Jangan Hati Terpikattt..


Jgn hati terpikat..
Dengan sebaris ayat
Dek lelaki pemikat
Yg pandai mengayat
Jgn hati teerpikat..
Nanti kan terikat
Rindukan melarat
Hanya memudarat
Jgn hati terpikat
Andai dah terikat
Tanggungjawab mengikat
Jgn nak mengelatt...


Nukilanku:
Fz Cyunk <3 <3 <3
10:25 a:m
5/4/2012

Ada Yang Kurang


Apa yang kurang..
Bicara ini seakan lesu
Ceria itu seakan palsu
Kala resah bertamu
Hati kian terganggu
Apa yang kurang..
Kala mata ini kian kelam
Memandang dalam suram
Mengapa harus ada muram
Sedang siang telah mengganti malam
Apa yang kurang
Sukar untuk melafazkan
Hati tak keruan
Mungkinkah rindu yg terpendam
Memakan dalam


Nukilan:
fz Cyunk
8:40 a:m
5/4/2012

Selasa, 3 April 2012

Ia Datang Lagi..



Aku disapa lagi..
Pelukan itu kian kemas
Kian memesrakan diri
Aku jadi lemas
Mengapa perlu ia datang lagi
Saat aku ingin menikmati hidup ini
Mengisi sisa-sisa usia
Dengan seluruh yg terancang di kepala
Aku disapa lagi..
Ia datang sesuka
Kala aku mula teruja
Mengatur pelbagai agenda
Dan senyum itu terbantut lebarnya
Aku tertunduk hiba


Nukilanku:
Fz Cyunk
8:49 a:m
3/4/2012

Isnin, 2 April 2012

Aku Rasa Telah Tua..



Hari ini aku rasa telah tua
Seolah tubuh 10thn lebih berusia
Sedang mereka seusia masih segar bertenaga
Aku pula lelah meniti usia
Hari ini aku rasa telah tua
Kelelahan melayan keletah si manja
Kelembutan kesabaran kian bersisa
Dan aku kian hilang ditelan masa
Hari ini aku rasa telah tua
Kala tak mampu menerus rutin biasa
Hanya menggeleng kepala
Kala kelembutan tak mampu menggawal si manja
Hari ini aku rasa telah tua
Bukan lagi si ibu yg sentiasa bertenaga
Melayan si manja sesabarnya
Penuh kelembutan tanpa keluhan bicara
Hari ini aku rasa telah tua
Kelelahan tak bertenaga..


Nukilan:
Fz Cyunk
10:00 p:m
2/4/2012

Ahad, 1 April 2012

Rahsia Sekeping Hati


Ada rasa yg bagai tertusuk duri
Mencermin diri tiap inci
Ada sesuatu di hati
Kala hati sayu lagi
Tak perlu di mengerti
Tiada yg ingin dikongsi
Hanya sekeping hati
Yg tiada erti
Ada rasa yg bagai tertusuk duri
Menyingkir segala resah sendiri
Hanya rahsia sekeping hati
Yg tiada erti


Nukilan:
Fz Cyunk
4:21 p:m
APRIL FOOL... 2012


Apabila Mentari Berarak Pulang..


Sedang aku leka membuai riang
Bahagia berlarian penuh girang
Mengejar rerama yg bebas terbang
Pantas waktu tiba ke petang
Sedang aku leka membuai riang
Awan hitam sedang memandang
Terlupa aku mendongak pandang
Pada mentari yg berarak pulang
Hujan menanti masa bertandang
Sedang aku leka membuai riang
Firasat hati menjeling pandang
Pada mentari yg beransur pulang
Beransur awan gelap datang
Mungkinkah itu kemahuanmu sayang...


Nukilanku:
Fz Cyunk
3:30 p:m
1/4/2012

FZ Cyunk Bhd