Pengikut

http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com

Khamis, 21 Februari 2013

Pelangi Hadir Akan Pulang


Pelangi lagi di hujung hujan membasah bumi
Berlari sepadang ceria hati segudang
Bukan mimpi khayalan bertandang
Memang pelangi yg dipandang
Mata melirik dalam senyuman
Di dalam ketahuan aku seorang

Pelangi lagi di hujung hujan membasah bumi
Hati berlari itu sambil menyanyi
Cukuplah riang itu seketika datang
Sedar realiti hadir hanya kekadang
Pelangi sebentar lagi kan pulang

Pelangi lagi di hujung hujan membasah bumi
Tiada takrifan makna yg cukup dalam
Hadir itu kan tetap ditunggu datang
Walau hadir sedetik sesudah hujan pulang


Nukilan:
Fz Cyunk
5:35 pm
21/2/2013



Rabu, 20 Februari 2013

Harum Bunga...


Hanya ingin menghidu harum bunga..
Lembut menusuk ke tangkai jiwa
Dan hati terus mekar semahunya
Ia diluar kawalan rasa

Hanya ingin menghidu harum bunga..
Di taman indah sering di pandang mata
Aku hanya pecinta alam semesta
Awalan pandangan kosong belaka

Hanya ingin menghidu harum bunga..
Akhirnya telah menawan sukma
Pada haruman yg menawan jiwa
Lembutnya sebati meresap sama

Hanya ingin menghidu harum bunga..
Pesona sering meresah dada
Dan aku rebah di taman pujangga
Kala haruman menyesak jiwa raga


Nukilan:
fz cyunk



Aku Cuma Aku..

FZ Cyunk Bhd