Mereka berkata sesuka hati..
Sedang ada hati yg terasa hati..
Begitu lancang mengeji
Menghukum sesedap hati
Akal bagai mati
Tiada memperduli lagi
Pada hati yg telah disakiti
Mereka berkata sesuka hati..
Dan aku hanya menunduk diri..
Tiada tertampung malu lagi
Betapa rendah diri
Sedang mereka kian berseri
Menang dengan sikap iri
Mereka berkata sesuka hati..
Bagaimana harus mengabai lagi
Rasa hati yang kian lali
Meruntuh lagi hati
Dalam rendah diri
Mereka berkata sesuka hati..
Adakah aku harus mati
Dek kata-kata yang meracun diri
Harus dikebalkan diri barangkali
Namun sulit sekali
Kerana iri mereka takkan pernah mati
Mereka berkata sesuka hati..
Tuhan..kuatkanlah hati ini
Sesungguhnya aku hanya insan yang mudah rendah diri
Insan yang punya yakin diri yang nipis sekali
Bicara Hatiku:
fz