Pengikut

http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com

Rabu, 30 Mei 2012

Entah apa bentuk rindu ini
Keseluruhannya hanya lara..
Penyakit yg ditempa..
Waktu hati disapa..
Oleh rindu yang tiada rupa
Entah apa bentuk rindu ini..
Tiada terjawab sesiapa..
Namun ia hanya sia-sia..
Empunya diri entah di mana..
Entah apa bentuk rindu ini..
Sesekali gundah memenuhi jiwa..
Kala memori menjengah semula...
Biarlah rindu itu datang sesekala..


Nukilan:
fz
30 MEI 2012

Aku Tak Membuka Seluruh Jiwa Utk Mereka


Pabila bosan memeluk jiwa
Kesunyian mulai terasa
Aku hanya sendirian rupanya
Pabila bosan memeluk jiwa
Tersedar aku tak punya sesiapa
Kerana tiada sesiapa
Ku benar berkongsi segala rahsia
Dan rahsiaku adalah rahsiaku saja
Tiada aku membuka seluruh jiwa kepada mereka
Waima begitu dekatnya mereka
Di hati dan di mata
Barangkali saja
Aku telah lelah kecewa
Lelah percaya
Lelah berkongsi segala
Kemudian mereka mengecewa
Pabila bosan memeluk jiwa
Tiada mengharap sesiapa merawat jiwa
Tiada mengharap pujuk rayu sesiapa
Aku telah terbiasa
Sendirian di dalam hiruk pikuk manusia
Dan ceria tetap terpamer jua


Nukilan:
>>fz
30/5/2012

Cantiknya Seorang Wanita


Seorang wanita
Tetap cantik di mata
Walau ada cacat cela
Maniskan tetap ada
Serikan terlihat jua
Walau sedikit cuma
Selagi ada ciri-ciri mulia
Di hati dan dijiwa
Seorang wanita
Walau ia cantik di mata
Ibarat ratu cantik tak terkata
Cantik itu hanya sedap di mata
Kekaguman yang sementara
Kala cela tingkahnya menyesak mata
Kala tuturnya menyakit jiwa
Kala peradapannya tiada
Cantik itu hanya hiasan cuma
Tiada ertinya
Tiada gunanya
Maka beruntunglah bagi mereka yg punya rupa
Dan cantik pula akhlaknya


Nukilanku:
fz
30 Mei 2012

Ahad, 27 Mei 2012

Aku jelak dgn manusia-manusia hipokrit...
Yg bertaburan di muka bumi..
Bak debu bertaburan di mana saja..
Dalam tiap langkah ada saja debu di mana-mana
Walau lelah berkeringat
Menepis..menyapu
Hanya sia-sia
Ia tetap ada di mana-mana
Aku jelak dgn manusia-manusia hipokrit..
Indah bicara tersulam madah pujangga
Tersorok hati nista disebaliknya
Ah! aku jelak dipersenda
Aku bukan anak-anak kecil yg belum mengenal dunia
Suku abadku hidup di dunia..
Berjuta kali bersua makhluk beraneka rupa
Berjuta kali mata tertipu dek keindahan rupa
Berjuta kali juga aku alpa sentiasa
Di bumi ini manusia-manusia hipokrit itu sentiasa ada
Dalam pelbagai rupa..




Nukilanku:
fz cyunk
4:34pm
27/5/2012

Ahad, 20 Mei 2012

Ada Cinta Dlm Bahasa Berbunga...


Bahasa-bahasa puitis cinta
Mengalun melodi jiwa
Berlirik indah mempesona
Terkesan jiwa
Tercuit rasa
Dalam kata bicara
Tercuri hati pesona
Bahasa-bahasa puitis cinta
Diam menyapa
Rindu tiba entah dari mana
Terbelai jiwa
Asyik rasa
Dan
Ada cinta
Dalam bahasa berbunga



Agagagaa..
fz
20/5/2012
12:37 a:m

Khamis, 17 Mei 2012

Hanya Tinggal Janji


Janjiku
Menuntut kau setuju
Dengan segala syarat-syaratku
Hanya di hari teristemewa itu
Hanya sekali itu
Janjiku
Tiada dua tiga kali buatmu
Hanya di hari itu
Hanya sekali itu
Hanya terkedu
Dan aku
Memungkiri janjiku
Menelan egoku
Janjiku
Hanya tinggal janji keranamu
Dan aku
Terus jadi perindu
Setia pada angin lalu


Nukilan:
fz
8:29p:m
17/5/2012

Isnin, 7 Mei 2012

Hati Wanita Ku..

Hati wanitaku
Selembut kapas
Sekeras batu
Bergantung pilihan
Hati wanitaku
Aku tidak lemah
Barangkali aku hanya lelah
Terlalu lemah
Telah terlalu bersusah
Segala telah terperah
Beralah pasrah
Hati wanitaku
Takkan lama terbeku
Walau terbuku
Walau kaku
Walau buntu
Walau lesu
Aku bukan batu
Harus terus membatu



Aku wanita..
fz
6:32 p:m
7/5/2012





Ahad, 6 Mei 2012

Yg ke 100....200....1000...???


Utk menjadi yg ke 100
yg ke 200
yg ke 1000
sukar sesukar sukarnya
menyabarkan hati selalu
memujuk hati terlalu
memendam rasa beribu
Utk menjadi yg ke 100
yg ke 200
yg ke 1000
hati kian lesu
tersenyum menipu
dibalik tenang palsu
sedang hati membara rasa tertipu
bagai tertusuk sembilu
Utk menjadi yg ke 100
yg ke 200
yg ke 1000
kian ranap hatiku
patah beribu


Hati yg beku:
fz
9:36 p:m
6/5/2012

Luahan Hati gundah


Memang aku bersalah
Namun itu hanya luahan hati gundah
Bicara luka dibalik wajah
Bukan saja meluah
Sesuka meludah
Berdecit amarah
Tapi hatiku gundah
Lantas terluah
Nada amarah
Dan kamu mencelah
Persoal maruah
Tidak menanya punca amarah
Aku juga dipersalah
Dan...
Berganda gundah :(


Nukilan Hatiku:
fz
Mei 2012..

Rajuk kelmarin...


Terpujuk rajuk kelmarin
Resah bagai dibawa angin
kasih tidak mengizin
jauh kian memangkin
Terpujuk rajuk kelmarin
menepis segala angin
mengusirmu takkan mungkin
minyak & air diasing sebaik mungkin
Terpujuk rajuk kelmarin
Kuatnya jeritan batin
hati semakin ingin
berdamping sekerap mungkin



Nukilanku:
fz
2/5/2012

Kalau aku Memaafkan..


Kalau aku memaafkan..
Itu kerana tebalnya rasa sayang
Tipisnya kedegilan
Keegoan kurendahkan
Kalau aku memaafkan..
Kerana di hatiku ada namamu sayang
Walau namaku ditong sampahkan
ah...terkadang aku tergaru kebodohan
Membiar diri diperlekehkan
Mendambakan kasih penuh ketulusan
Menghulur kasih tanpa sempadan
Kalau aku memaafkan..
Kerana sayang membuta fikiran
Kerana sayang kuturutkan
Hati jadi taruhan..

Nukilanku:
fz cyunk
2/5/2012

Retak di sini sana...



Retak ada di mana-mana
Retak terlah terbelah dua
Retak di sini mendung cuaca
Retak di sana mentari ceria
Retak ada di mana-mana
Retak di sini terlindung jaraknya
Retak di sana dibalik egonya..


Hati Yg Terluka...
fz
30/4/2012

Kerana Di Hati Ada Sayangggg...


Di hati ini ada sayang
Di situ ada rungutan
Di situ ada keluhan
Berbilik-bilik hatiku sayang
Di hati ini ada sayang
Bertembung sayang..rungutan...keluhan
Sayang yg berbalam
Tertindih ,menindih..terdidih emosi diam
Suara hati itu bicara dari dalam
Meminta difaham
Terkadang salah faham
Di hati ini ada sayang
Andai mata ku pejam
Hanya sayang ku pandang
Teraba-raba seorang
Kerana sayang ingin dipegang
Letih mata memejam
Sedang ia bukan hilang penglihatan
Tapi dipejam kerana sayang



Nukilanku:
fz
27/4/2012




Memang mudah berbicara dgn lidah...berkata tanpa ada sekatan rasa.tanpa berfikir sebaik-baiknya...menilai dgn pandangan mata kasar belaka.Jgn ego dalam tiap patah kata,terkadang tiada niat sesungguhnya.Namun rasa bangga dan berasa betul memungkinkan kita berkata dgn gah...Dan Allah itu akan memberi kita ujian yg tak terduga.Pabila kata-kata itu akan memakan diri pula.Cuma antara sedar

Aku menginginkan keharuman sentiasa...


Aku hanya menginginkan segala keharuman dlm hidup.Berharap sentiasa dalam kelembutan....namun ternyata amat sulit krn kelembutan itu sering saja diperlekehkan...sentiasa saja dipergunakan. Sesungguhnya dugaan-dugaan itu hanya menginginkan agar kelembutan itu dibuang tanpa sedar...dan kepolosan itu kian hilang ditelan waktu....

Catatanku:
faiz..fz cyunk
24/4/2012

FZ Cyunk Bhd