Rindu pada senyuman itu
Pada gelak tawa
wajah penuh ceria
Tiada sekelumit dusta
Rindu pada senyuman itu..
Yang kian tipis ceria
Kian terpaksa tawanya
Kian tebal rahsia
Rindu pada senyuman itu
Yang kian lelah rupa
Kian suram serinya
Kian terpaksa menerus bicara
Kian terpaksa mengukir senyumnya
Rindu pada senyuman itu
Barangkali hatinya telah tiada
Ditelan kecewa
Dipeluk rasa rajuknya
Barangkali tiada yang menghargai
Lantaran tidak dimengerti
Dan senyum itu kian mati..
>>faiz,
>>8:56 pm
>>30/11/2011
Pengikut
Rabu, 30 November 2011
Ahad, 27 November 2011
sepi dlm keriuhan..
Menyendiri dlm keramaian
sepi di keriuhan
teraba-raba dalam terang
bersuluh dalam siang
tiada terzahir keinginan
Dalam cerah mentari
ada mendung ada kelam
ada hujan kala terik mentari
ada petir menyambar dalam tenang
ada bicara hujung tanggisan
sukar dimengertikan
Masih teraba-raba
tercari-cari keikhlasan
kemahuan fikiran
kata hati
di hujung kesabaran
Nukilan:
>>faiz
>>27/11/2011
>>10:50 a.m
sepi di keriuhan
teraba-raba dalam terang
bersuluh dalam siang
tiada terzahir keinginan
Dalam cerah mentari
ada mendung ada kelam
ada hujan kala terik mentari
ada petir menyambar dalam tenang
ada bicara hujung tanggisan
sukar dimengertikan
Masih teraba-raba
tercari-cari keikhlasan
kemahuan fikiran
kata hati
di hujung kesabaran
Nukilan:
>>faiz
>>27/11/2011
>>10:50 a.m
Sabtu, 26 November 2011
Bicara dalam diam
Berteman sepi...
Damai di sini
Berbisik hati sendiri
Menimbang rasa hati
Berteman sepi....
Hati pasrah berisi
Bicara hati terhenti
Kata hati dilewati
Berteman sepi...
Ada sesuatu di hati...
Mencuit hari-hari sepi
Ada bicara dalam diam
Ada rahsia terpendam di dalam
Berteman sepi
Berbicara dengan hati
Otak yang tak ingin berkompromi
berkata tidak berkali-kali.
>>>Coretan Hati:
faiz
3:46 p.m
26/11/2011
Damai di sini
Berbisik hati sendiri
Menimbang rasa hati
Berteman sepi....
Hati pasrah berisi
Bicara hati terhenti
Kata hati dilewati
Berteman sepi...
Ada sesuatu di hati...
Mencuit hari-hari sepi
Ada bicara dalam diam
Ada rahsia terpendam di dalam
Berteman sepi
Berbicara dengan hati
Otak yang tak ingin berkompromi
berkata tidak berkali-kali.
>>>Coretan Hati:
faiz
3:46 p.m
26/11/2011
Gelora Di Jiwa.
Sapulah air mata...
Dalam rintik2 hujan
Dalam gerimis kesejukkan
Tiada terlihat beza
si air mata atau si air hujan
Sapulah air mata...
duhai puteri jelita
pasti hatimu terdera
siapakah empunya angkara?
Sapulah air mata....
Adakah rindu pada si dia?
Adakah teraniya oleh mereka?
Sarat sungguh rahsia di jiwa
Sapulah air mata...
Hujan kian lebat
Tiada terbaca gelora di jiwa
Hanya air mata yg tiada hentinya
Adakah cinta buat kau lara??
Sapulah air mata...
Usah terbazir sia-sia
Cinta datang tanpa dipinta
Rindu hanya meresahkan jiwa
Merana diri memendam rasa
Berbaloikah segala rasa
Adakah itu yang kau rasa???
Nukilan:
>>>faiz
>>>2:42 p.m
>>>>26/11/2011
Itulah Cinta
berayun buaian hati...
terukir impian
melakar memori ceria
bahagia tersemi
dari putik putik kasih
mekar cinta
melakar impian di hati
berbunga bahagia
berayun buaian hati
hanya wajah-wajah ceria
terbuai disapa bahagia
menguntum senyuman berbunga
berayun buaian hati
hanya tawa
ceria
itulah cinta
Nukilan:
faiz....
2:07 p.m
26/11/2011
Selasa, 22 November 2011
Ruang yg sempit
Diruang yang sempit
Yang ada hanya satu tingkap
Hanya satu pintu
Pusing-pusing hanya di situ
Tiada keluh kesah
Menyelesakan diri seadanya
Mengolah kreativiti sebaiknya
Mencipta bahagia tersendiri
Yang sempit jadi luas
Bukan pada ruang
Tapi pada fikiran
Diruang yang sempit
kreativiti akal yang sering berkembang
Dengan kreativiti yang membelai jiwa
Selagi akal termampu
Cukup buat lupa segala
Diruang yang sempit
Diri jadi sesak
Menghela nafas juga tak mampu
Kala akal diarah berhenti
Tidak perlu berkembang
Ahhh...
Pemikiran yang sempit itu
Pembunuh yang lebih kejam
Berbanding ruang yang sempit itu.
Nukilanku:
>>>faizzz
>>>10:04 p.m
>>>22/11/2011.
:((((((((((((((((((((
Yang ada hanya satu tingkap
Hanya satu pintu
Pusing-pusing hanya di situ
Tiada keluh kesah
Menyelesakan diri seadanya
Mengolah kreativiti sebaiknya
Mencipta bahagia tersendiri
Yang sempit jadi luas
Bukan pada ruang
Tapi pada fikiran
Diruang yang sempit
kreativiti akal yang sering berkembang
Dengan kreativiti yang membelai jiwa
Selagi akal termampu
Cukup buat lupa segala
Diruang yang sempit
Diri jadi sesak
Menghela nafas juga tak mampu
Kala akal diarah berhenti
Tidak perlu berkembang
Ahhh...
Pemikiran yang sempit itu
Pembunuh yang lebih kejam
Berbanding ruang yang sempit itu.
Nukilanku:
>>>faizzz
>>>10:04 p.m
>>>22/11/2011.
:((((((((((((((((((((
Isnin, 21 November 2011
Tiada Yang Tahu
Mereka melihat senyuman itu
Mereka melihat keriangan itu
Mereka melihat bahasa tubuh yg manja itu
Mereka melihat lirikan yg menggoda itu
Mereka mendengar gelak tawa
Mereka mendengar celoteh girang
Mereka mendengar perkhabaran indah2
Mereka mendengar dan melihat dari kejauhan.
Mereka menyentuh tangan kala bersalaman
Mereka menyentuh bahu kala menenangkan
Mereka menyentuh pipi kala mengusik
Mereka menyentuh dahi & kepala tanda sayang
Namun tiada yang mampu menyelami
Namun tiada yang mampu memahami sepenuhnya
Namun tiada yang mampu menyentuh hati
Namun tiada yang pasti apa di dalam
Tiada yang mampu melihat
Tiada yang mampu mendengar
Tiada yang mampu menyentuh
Kala hati itu menanggis di dalam
Kala hati itu merintih sendirian
Kala hati itu ingin dibelai.
Nukilan:
faizzz....
10:13 p.m....
21/11/2011
Mereka melihat keriangan itu
Mereka melihat bahasa tubuh yg manja itu
Mereka melihat lirikan yg menggoda itu
Mereka mendengar gelak tawa
Mereka mendengar celoteh girang
Mereka mendengar perkhabaran indah2
Mereka mendengar dan melihat dari kejauhan.
Mereka menyentuh tangan kala bersalaman
Mereka menyentuh bahu kala menenangkan
Mereka menyentuh pipi kala mengusik
Mereka menyentuh dahi & kepala tanda sayang
Namun tiada yang mampu menyelami
Namun tiada yang mampu memahami sepenuhnya
Namun tiada yang mampu menyentuh hati
Namun tiada yang pasti apa di dalam
Tiada yang mampu melihat
Tiada yang mampu mendengar
Tiada yang mampu menyentuh
Kala hati itu menanggis di dalam
Kala hati itu merintih sendirian
Kala hati itu ingin dibelai.
Nukilan:
faizzz....
10:13 p.m....
21/11/2011
Ahad, 20 November 2011
memilih...
Aku memilih baju
yg paling cantik di mata..
yg kena dibadan
Cantik di gayakan
Aku memilih baju
Memilih kain yg sejuk dipakai
selesa mengikut kesesuian
Yang tinggi nilai
kualiti diutamakan
Aku memilih baju
Mengikut warna yang sedap dipandang
Menarik dan meniup semangat
menaik yakin diri
menyerlah aura
Namun mengapa aku tak bisa memilih cinta
saat ia datang
Nukilan:
faiz......
6:32 p.m
20/11/2011
yg paling cantik di mata..
yg kena dibadan
Cantik di gayakan
Aku memilih baju
Memilih kain yg sejuk dipakai
selesa mengikut kesesuian
Yang tinggi nilai
kualiti diutamakan
Aku memilih baju
Mengikut warna yang sedap dipandang
Menarik dan meniup semangat
menaik yakin diri
menyerlah aura
Namun mengapa aku tak bisa memilih cinta
saat ia datang
Nukilan:
faiz......
6:32 p.m
20/11/2011
Langgan:
Catatan (Atom)




