Pengikut
Sabtu, 17 Disember 2011
Syyyyy..
Ujan yang tiada renti
Ujian yang tiada henti
Berguni keluhan hati
Namun hanya berkata sendiri
Aku:
Faiz...
17/12/2011.
Rabu, 14 Disember 2011
Bersyukurlah...
Barangkali kita x mampu menjadi si rama-rama yg terbang riang di taman....
Barangkali kita x mampu menjadi si kumbang yg riang menghisap madu...
Memadai & bersyukurlah andai kita masih mampu menjadi seekor belalang yg masih mampu mendekati bunga-bungaan itu..
>>>>faiz,
>>>>14 Dis 2011.
Barangkali kita x mampu menjadi si kumbang yg riang menghisap madu...
Memadai & bersyukurlah andai kita masih mampu menjadi seekor belalang yg masih mampu mendekati bunga-bungaan itu..
>>>>faiz,
>>>>14 Dis 2011.
Jumaat, 9 Disember 2011
Ku kirim doa diangin lalu...
Lewat malam yg terganggu
dihambat kenangan lalu
hati ini beku dan kelu
ada sesuatu di kalbu
Lewat malam yg terganggu
kesunyian ini buat aku terganggu
Kenangan menyapa bertalu-talu
Hati jadi sayu...
Ada rindu...
Didakap kenangan lalu
Lewat malam yg terganggu..
Mengapa hati jadi sayu
Keikhlasan ini sentiasa padu
ku kirim doa di angin lalu
Sentiasalah berbahagia selalu
Yang terbaik buat kamu
Tidak lebih dari itu...
Nukilan :
faiz....
1:52 a.m...
9/12/2011.
# hepi bday to you.....
miss u too Aishah Zainuddin~~~ 12 of Dis.
dlm kenangan....
dihambat kenangan lalu
hati ini beku dan kelu
ada sesuatu di kalbu
Lewat malam yg terganggu
kesunyian ini buat aku terganggu
Kenangan menyapa bertalu-talu
Hati jadi sayu...
Ada rindu...
Didakap kenangan lalu
Lewat malam yg terganggu..
Mengapa hati jadi sayu
Keikhlasan ini sentiasa padu
ku kirim doa di angin lalu
Sentiasalah berbahagia selalu
Yang terbaik buat kamu
Tidak lebih dari itu...
Nukilan :
faiz....
1:52 a.m...
9/12/2011.
# hepi bday to you.....
miss u too Aishah Zainuddin~~~ 12 of Dis.
dlm kenangan....
Rabu, 7 Disember 2011
Nekad Sekali..
Aku memasang harap
abai segala rasa
biar kelat..
biar masam...
biar pahit...
takkan aku bersuara
takkan aku menyapa
nyah kau dari hati
segala rasa itu telah mati
saat kecewa merantai diri
dan aku...
nekad sekali
>>>nukilan:
>>>faiz,
>>>9:25 a.m,
>>>7/12/2011.
abai segala rasa
biar kelat..
biar masam...
biar pahit...
takkan aku bersuara
takkan aku menyapa
nyah kau dari hati
segala rasa itu telah mati
saat kecewa merantai diri
dan aku...
nekad sekali
>>>nukilan:
>>>faiz,
>>>9:25 a.m,
>>>7/12/2011.
Selasa, 6 Disember 2011
Keliru Lagi...
Keliru yg menyesakkan...
Memilih diperbodohkan
Kewarasan di ketepikan
Hati menidakkan
Akal menurutkan
Yang hanya ada kebudakkan
Dalam tiap tindakan...
Nukilan Hatiku:
>>>faiz,
>>>11:01 p.m,
>>>6/12/2011.
Memilih diperbodohkan
Kewarasan di ketepikan
Hati menidakkan
Akal menurutkan
Yang hanya ada kebudakkan
Dalam tiap tindakan...
Nukilan Hatiku:
>>>faiz,
>>>11:01 p.m,
>>>6/12/2011.
Jumaat, 2 Disember 2011
Untuk Sekian Kali
Aku sedang melakar sebuah fantasi
Saat hadirmu membelakangi diri
Lantas terhenti sekelian operasi
Tiada lagi pandangan obsesi
Seluruh jiwa seakan pergi
Terkedu sendiri
Ahh terlalu emosi barangkali
Terpujuk diri
Menepis segala rajuk hati
Melakar illusi kembali
Menerus rasa hati
Untuk sekian kali.
Nukilan:
.....faiz,
.....5:40 p.m,
.....2/12/2011
Saat hadirmu membelakangi diri
Lantas terhenti sekelian operasi
Tiada lagi pandangan obsesi
Seluruh jiwa seakan pergi
Terkedu sendiri
Ahh terlalu emosi barangkali
Terpujuk diri
Menepis segala rajuk hati
Melakar illusi kembali
Menerus rasa hati
Untuk sekian kali.
Nukilan:
.....faiz,
.....5:40 p.m,
.....2/12/2011
Ku Lontar Amarah...
Ku lontar amarah dalam diam
Tiada terkesan tersisa di dalam
Ku hanyut keluhan rasa mencengkam
Bawa bersama luka yang dalam
Ku ayun langkah yang panjang
Dalam kabut sepanjang petang
Berlalu awan mendung yang pulang
Tersenyum mentari penuh girang
Yang ada hanya rasa sayang
Ku lontar amarah dalam diam
Kutitip kasih di dalam
Keharuman kasih tersiram
Terpancar dalam senyuman
Aura cinta di dalam.
Nukilan Hati:
>>faiz,
>>3:27 pm,
>>2/12/2011
Tiada terkesan tersisa di dalam
Ku hanyut keluhan rasa mencengkam
Bawa bersama luka yang dalam
Ku ayun langkah yang panjang
Dalam kabut sepanjang petang
Berlalu awan mendung yang pulang
Tersenyum mentari penuh girang
Yang ada hanya rasa sayang
Ku lontar amarah dalam diam
Kutitip kasih di dalam
Keharuman kasih tersiram
Terpancar dalam senyuman
Aura cinta di dalam.
Nukilan Hati:
>>faiz,
>>3:27 pm,
>>2/12/2011
Khamis, 1 Disember 2011
Kau yg kukasihi...
Dalam resah menghitung
Sayang di hati kian menggunung
Tak terusir sayang yang datang
Kasih yang tak mampu dibuang
Aduhai kekasih hati..
Sarat persoalan hati...
Sakit umpama tertusuk duri
Kala curiga itu merantai hati
Terdera hati menanggis sendiri
Aduhai kekasih hati..
Seharian yg dilewati
Dalam jaga dalam mimpi
Tiada lain sentiasa di hati
Hanya kau pujaan hati
Ingin aku terus bermimpi
Tersenyum sepanjang hari
Pasti mimpi itu tak ku lepas pergi
Menghitung bintang, bulan jadi saksi
Dalam dakapan kasihmu kekasih hati
Melayari bahtera kasih seikhlas hati
Aduhai kekasih hati...
Kasih itu mekar sentiasa mewangi
Dalam redup kasihmu di hati
Tiada lagi ruang sangsi
Tiada lagi curiga di hati
Teguh kasihmu menapak di hati
Hanya kau di hati...
Kasih yang tiada berbelah bagi...
Kerana kau yg kukasihi...
Nukilan:
>>faiz,
>>9:35 pm
>>1/12/2011
>>>ahahaa...jiwang2 ler plk,wakakaaa...peace!!!
Sayang di hati kian menggunung
Tak terusir sayang yang datang
Kasih yang tak mampu dibuang
Aduhai kekasih hati..
Sarat persoalan hati...
Sakit umpama tertusuk duri
Kala curiga itu merantai hati
Terdera hati menanggis sendiri
Aduhai kekasih hati..
Seharian yg dilewati
Dalam jaga dalam mimpi
Tiada lain sentiasa di hati
Hanya kau pujaan hati
Ingin aku terus bermimpi
Tersenyum sepanjang hari
Pasti mimpi itu tak ku lepas pergi
Menghitung bintang, bulan jadi saksi
Dalam dakapan kasihmu kekasih hati
Melayari bahtera kasih seikhlas hati
Aduhai kekasih hati...
Kasih itu mekar sentiasa mewangi
Dalam redup kasihmu di hati
Tiada lagi ruang sangsi
Tiada lagi curiga di hati
Teguh kasihmu menapak di hati
Hanya kau di hati...
Kasih yang tiada berbelah bagi...
Kerana kau yg kukasihi...
Nukilan:
>>faiz,
>>9:35 pm
>>1/12/2011
>>>ahahaa...jiwang2 ler plk,wakakaaa...peace!!!
Rabu, 30 November 2011
Senyum itu kian mati
Rindu pada senyuman itu
Pada gelak tawa
wajah penuh ceria
Tiada sekelumit dusta
Rindu pada senyuman itu..
Yang kian tipis ceria
Kian terpaksa tawanya
Kian tebal rahsia
Rindu pada senyuman itu
Yang kian lelah rupa
Kian suram serinya
Kian terpaksa menerus bicara
Kian terpaksa mengukir senyumnya
Rindu pada senyuman itu
Barangkali hatinya telah tiada
Ditelan kecewa
Dipeluk rasa rajuknya
Barangkali tiada yang menghargai
Lantaran tidak dimengerti
Dan senyum itu kian mati..
>>faiz,
>>8:56 pm
>>30/11/2011
Pada gelak tawa
wajah penuh ceria
Tiada sekelumit dusta
Rindu pada senyuman itu..
Yang kian tipis ceria
Kian terpaksa tawanya
Kian tebal rahsia
Rindu pada senyuman itu
Yang kian lelah rupa
Kian suram serinya
Kian terpaksa menerus bicara
Kian terpaksa mengukir senyumnya
Rindu pada senyuman itu
Barangkali hatinya telah tiada
Ditelan kecewa
Dipeluk rasa rajuknya
Barangkali tiada yang menghargai
Lantaran tidak dimengerti
Dan senyum itu kian mati..
>>faiz,
>>8:56 pm
>>30/11/2011
Ahad, 27 November 2011
sepi dlm keriuhan..
Menyendiri dlm keramaian
sepi di keriuhan
teraba-raba dalam terang
bersuluh dalam siang
tiada terzahir keinginan
Dalam cerah mentari
ada mendung ada kelam
ada hujan kala terik mentari
ada petir menyambar dalam tenang
ada bicara hujung tanggisan
sukar dimengertikan
Masih teraba-raba
tercari-cari keikhlasan
kemahuan fikiran
kata hati
di hujung kesabaran
Nukilan:
>>faiz
>>27/11/2011
>>10:50 a.m
sepi di keriuhan
teraba-raba dalam terang
bersuluh dalam siang
tiada terzahir keinginan
Dalam cerah mentari
ada mendung ada kelam
ada hujan kala terik mentari
ada petir menyambar dalam tenang
ada bicara hujung tanggisan
sukar dimengertikan
Masih teraba-raba
tercari-cari keikhlasan
kemahuan fikiran
kata hati
di hujung kesabaran
Nukilan:
>>faiz
>>27/11/2011
>>10:50 a.m
Sabtu, 26 November 2011
Bicara dalam diam
Berteman sepi...
Damai di sini
Berbisik hati sendiri
Menimbang rasa hati
Berteman sepi....
Hati pasrah berisi
Bicara hati terhenti
Kata hati dilewati
Berteman sepi...
Ada sesuatu di hati...
Mencuit hari-hari sepi
Ada bicara dalam diam
Ada rahsia terpendam di dalam
Berteman sepi
Berbicara dengan hati
Otak yang tak ingin berkompromi
berkata tidak berkali-kali.
>>>Coretan Hati:
faiz
3:46 p.m
26/11/2011
Damai di sini
Berbisik hati sendiri
Menimbang rasa hati
Berteman sepi....
Hati pasrah berisi
Bicara hati terhenti
Kata hati dilewati
Berteman sepi...
Ada sesuatu di hati...
Mencuit hari-hari sepi
Ada bicara dalam diam
Ada rahsia terpendam di dalam
Berteman sepi
Berbicara dengan hati
Otak yang tak ingin berkompromi
berkata tidak berkali-kali.
>>>Coretan Hati:
faiz
3:46 p.m
26/11/2011
Gelora Di Jiwa.
Sapulah air mata...
Dalam rintik2 hujan
Dalam gerimis kesejukkan
Tiada terlihat beza
si air mata atau si air hujan
Sapulah air mata...
duhai puteri jelita
pasti hatimu terdera
siapakah empunya angkara?
Sapulah air mata....
Adakah rindu pada si dia?
Adakah teraniya oleh mereka?
Sarat sungguh rahsia di jiwa
Sapulah air mata...
Hujan kian lebat
Tiada terbaca gelora di jiwa
Hanya air mata yg tiada hentinya
Adakah cinta buat kau lara??
Sapulah air mata...
Usah terbazir sia-sia
Cinta datang tanpa dipinta
Rindu hanya meresahkan jiwa
Merana diri memendam rasa
Berbaloikah segala rasa
Adakah itu yang kau rasa???
Nukilan:
>>>faiz
>>>2:42 p.m
>>>>26/11/2011
Itulah Cinta
berayun buaian hati...
terukir impian
melakar memori ceria
bahagia tersemi
dari putik putik kasih
mekar cinta
melakar impian di hati
berbunga bahagia
berayun buaian hati
hanya wajah-wajah ceria
terbuai disapa bahagia
menguntum senyuman berbunga
berayun buaian hati
hanya tawa
ceria
itulah cinta
Nukilan:
faiz....
2:07 p.m
26/11/2011
Selasa, 22 November 2011
Ruang yg sempit
Diruang yang sempit
Yang ada hanya satu tingkap
Hanya satu pintu
Pusing-pusing hanya di situ
Tiada keluh kesah
Menyelesakan diri seadanya
Mengolah kreativiti sebaiknya
Mencipta bahagia tersendiri
Yang sempit jadi luas
Bukan pada ruang
Tapi pada fikiran
Diruang yang sempit
kreativiti akal yang sering berkembang
Dengan kreativiti yang membelai jiwa
Selagi akal termampu
Cukup buat lupa segala
Diruang yang sempit
Diri jadi sesak
Menghela nafas juga tak mampu
Kala akal diarah berhenti
Tidak perlu berkembang
Ahhh...
Pemikiran yang sempit itu
Pembunuh yang lebih kejam
Berbanding ruang yang sempit itu.
Nukilanku:
>>>faizzz
>>>10:04 p.m
>>>22/11/2011.
:((((((((((((((((((((
Yang ada hanya satu tingkap
Hanya satu pintu
Pusing-pusing hanya di situ
Tiada keluh kesah
Menyelesakan diri seadanya
Mengolah kreativiti sebaiknya
Mencipta bahagia tersendiri
Yang sempit jadi luas
Bukan pada ruang
Tapi pada fikiran
Diruang yang sempit
kreativiti akal yang sering berkembang
Dengan kreativiti yang membelai jiwa
Selagi akal termampu
Cukup buat lupa segala
Diruang yang sempit
Diri jadi sesak
Menghela nafas juga tak mampu
Kala akal diarah berhenti
Tidak perlu berkembang
Ahhh...
Pemikiran yang sempit itu
Pembunuh yang lebih kejam
Berbanding ruang yang sempit itu.
Nukilanku:
>>>faizzz
>>>10:04 p.m
>>>22/11/2011.
:((((((((((((((((((((
Isnin, 21 November 2011
Tiada Yang Tahu
Mereka melihat senyuman itu
Mereka melihat keriangan itu
Mereka melihat bahasa tubuh yg manja itu
Mereka melihat lirikan yg menggoda itu
Mereka mendengar gelak tawa
Mereka mendengar celoteh girang
Mereka mendengar perkhabaran indah2
Mereka mendengar dan melihat dari kejauhan.
Mereka menyentuh tangan kala bersalaman
Mereka menyentuh bahu kala menenangkan
Mereka menyentuh pipi kala mengusik
Mereka menyentuh dahi & kepala tanda sayang
Namun tiada yang mampu menyelami
Namun tiada yang mampu memahami sepenuhnya
Namun tiada yang mampu menyentuh hati
Namun tiada yang pasti apa di dalam
Tiada yang mampu melihat
Tiada yang mampu mendengar
Tiada yang mampu menyentuh
Kala hati itu menanggis di dalam
Kala hati itu merintih sendirian
Kala hati itu ingin dibelai.
Nukilan:
faizzz....
10:13 p.m....
21/11/2011
Mereka melihat keriangan itu
Mereka melihat bahasa tubuh yg manja itu
Mereka melihat lirikan yg menggoda itu
Mereka mendengar gelak tawa
Mereka mendengar celoteh girang
Mereka mendengar perkhabaran indah2
Mereka mendengar dan melihat dari kejauhan.
Mereka menyentuh tangan kala bersalaman
Mereka menyentuh bahu kala menenangkan
Mereka menyentuh pipi kala mengusik
Mereka menyentuh dahi & kepala tanda sayang
Namun tiada yang mampu menyelami
Namun tiada yang mampu memahami sepenuhnya
Namun tiada yang mampu menyentuh hati
Namun tiada yang pasti apa di dalam
Tiada yang mampu melihat
Tiada yang mampu mendengar
Tiada yang mampu menyentuh
Kala hati itu menanggis di dalam
Kala hati itu merintih sendirian
Kala hati itu ingin dibelai.
Nukilan:
faizzz....
10:13 p.m....
21/11/2011
Ahad, 20 November 2011
memilih...
Aku memilih baju
yg paling cantik di mata..
yg kena dibadan
Cantik di gayakan
Aku memilih baju
Memilih kain yg sejuk dipakai
selesa mengikut kesesuian
Yang tinggi nilai
kualiti diutamakan
Aku memilih baju
Mengikut warna yang sedap dipandang
Menarik dan meniup semangat
menaik yakin diri
menyerlah aura
Namun mengapa aku tak bisa memilih cinta
saat ia datang
Nukilan:
faiz......
6:32 p.m
20/11/2011
yg paling cantik di mata..
yg kena dibadan
Cantik di gayakan
Aku memilih baju
Memilih kain yg sejuk dipakai
selesa mengikut kesesuian
Yang tinggi nilai
kualiti diutamakan
Aku memilih baju
Mengikut warna yang sedap dipandang
Menarik dan meniup semangat
menaik yakin diri
menyerlah aura
Namun mengapa aku tak bisa memilih cinta
saat ia datang
Nukilan:
faiz......
6:32 p.m
20/11/2011
Ahad, 16 Oktober 2011
Akukah itu??
Akukah itu?
di kamar hatimu
yang mengetar jantungmu
Dalam serba kekuranganku
Akukah itu??
mengukir senyummu
dalam tiap tuturku
lenggok manja bahasaku
dalam kelembutan nadaku
Dalam kelucuan sendaku
tercuri hatimu
Akukah itu??
Si dia yg kau rindu
yg kau puja selalu
yg sempurna di matamu
Akukah itu??
Yang ingin kau cintai selalu
walau cinta itu tidak setulus hatiku
setia kau cintai aku..
Kerana aku di hatimu.
Wakakakaaa...
>>faiz..
>>>11:57 p.m
15/10/2011
Sabtu, 15 Oktober 2011
Terhenti Di simpang Jalan.
Dalam kewarasan.....
Mengapa hati tak bisa memilih,
Terkosong fikiran,
Buntu di jalan bercabang...
Dalam kewarasan...
Alpa pada arah jalan,
Sedang peta dalam genggaman,
Terpacak panduan di kiri kanan,
Namun mata barangkali lelah,
Terlepas pandang...
Dalam kewarasan...
Terhenti di simpang kebinggungan,
Tersentak menyesali kecuaian,
Terbawa jauh lamunan,
Pandangan kosong sepanjang jalan,
Menerawang tiada sempadan.
Dalam kewarasan....
Menarik nafas dalam diam,
Harus menyambung perjalanan,
Nekad memilih salah satu simpang,
Tiada pilihan...
Kebuntuan harus dileraikan,
Perjalanan harus diteruskan.
Nukilan:
>>faiz,
>>8:35 p.m,
>>15/10/2011
Mengapa hati tak bisa memilih,
Terkosong fikiran,
Buntu di jalan bercabang...
Dalam kewarasan...
Alpa pada arah jalan,
Sedang peta dalam genggaman,
Terpacak panduan di kiri kanan,
Namun mata barangkali lelah,
Terlepas pandang...
Dalam kewarasan...
Terhenti di simpang kebinggungan,
Tersentak menyesali kecuaian,
Terbawa jauh lamunan,
Pandangan kosong sepanjang jalan,
Menerawang tiada sempadan.
Dalam kewarasan....
Menarik nafas dalam diam,
Harus menyambung perjalanan,
Nekad memilih salah satu simpang,
Tiada pilihan...
Kebuntuan harus dileraikan,
Perjalanan harus diteruskan.
Nukilan:
>>faiz,
>>8:35 p.m,
>>15/10/2011
Rabu, 12 Oktober 2011
Memayungi Diri..
Memayungi diri...
dek mentari yang mencair solekan,
di wajah mulus tergaris rungutan,
kerisauan jeragat kan subur berladang,
kulit mulus kian kekeringan,
Terbakar kulit dan hati di dalam...
ah...ada keluh kesah,
Keresahan dek panasnya mentari,
Sabar yang teruji,
Ingin lari dari kepanasan,
Menyejuk diri dibilik kedinginan,
Berselindung dari mentari,
Kurniaan Illahi..
Memayungi diri...
Dek kehujanan yang membasahi bumi..
Lecun pakaian di bias hujan,
Kedinginan hingga ke tulang,.
Rungutan lagi...
Hujan oh hujan...
Segalanya dalam kelembapan.
Memayungi diri...
Cuaca mengikut mood sendiri ,
Dalam memayungi diri...
Terkadang diri ditelanjangi,
Idealogi mengarut menyusah diri
Redha takdir Illahi,
Pinjaman harus dikembali
Payungilah hati..
Ketakwaan sahabat sejati.
Nukilan:
faiz...
12:46 p.m,
12/10/2011.
dek mentari yang mencair solekan,
di wajah mulus tergaris rungutan,
kerisauan jeragat kan subur berladang,
kulit mulus kian kekeringan,
Terbakar kulit dan hati di dalam...
ah...ada keluh kesah,
Keresahan dek panasnya mentari,
Sabar yang teruji,
Ingin lari dari kepanasan,
Menyejuk diri dibilik kedinginan,
Berselindung dari mentari,
Kurniaan Illahi..
Memayungi diri...
Dek kehujanan yang membasahi bumi..
Lecun pakaian di bias hujan,
Kedinginan hingga ke tulang,.
Rungutan lagi...
Hujan oh hujan...
Segalanya dalam kelembapan.
Memayungi diri...
Cuaca mengikut mood sendiri ,
Dalam memayungi diri...
Terkadang diri ditelanjangi,
Idealogi mengarut menyusah diri
Redha takdir Illahi,
Pinjaman harus dikembali
Payungilah hati..
Ketakwaan sahabat sejati.
Nukilan:
faiz...
12:46 p.m,
12/10/2011.
Selasa, 11 Oktober 2011
Di Sini Pertemuan Kita...
Di sini....
Tiada terlakar dibenak
terhulur salam bicara
tanpa lunak bicara
dalam kebisuan rupa
hanya bait-bait kata
dari jemari menaip kata
mesra dalam kata
terungkap indah bicara
dalam lenggok kata
tercermin keindahan rupa
budi bahasa
kasih mesra
Di sini....
tersimpul kasih mesra
Makin dekat di hati
Melekat di jiwa
Ada kekosongan di dalam
saat kau tiada
Di sini...
Ketemu permata berharga
Indahnya takdir kita
Bersua sehati sejiwa.
ngeee ngee....
>>>>faizz
>>>>6:45 p.m
>>>>>11/10/2011
Ahad, 9 Oktober 2011
Ditelan Pahit....Dibuang Sayang..
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Barangkali tidak dapat lagi membeza,
Lantaran semuanya ditelan,
Tanpa terlihat cemekan,
Keluhan..
Rungutan..
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Peria yang pahit itu ditelan selamba,
Terus tersua ke mulut juga,
Ada kenikmatan di balik kepahitan,
Kata hati memujuk rasa.
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Jawapnya tidak pula,
Peria pahit itu bisa saja hilang rasa,
Dimasak digaya cukup rasa,
Yang pahit itu enak pula,
Mengapa harus dibuang pula???
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Sangkaanku meleset pula,
Saat lidah ini masih tahu membeza,
Kepahitan,kemanisan,kemasinan 3 rasa,
Lidah ini masih elok fungsinya,
Masalahnya hanya satu saja...
kerana SAYANG!!!
Dgn mata yg layu,
Tubuh yg lesu,
Hati yg beku,
>>faiz..
>>9:59 a.m,
>>9/10/2011.
Barangkali tidak dapat lagi membeza,
Lantaran semuanya ditelan,
Tanpa terlihat cemekan,
Keluhan..
Rungutan..
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Peria yang pahit itu ditelan selamba,
Terus tersua ke mulut juga,
Ada kenikmatan di balik kepahitan,
Kata hati memujuk rasa.
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Jawapnya tidak pula,
Peria pahit itu bisa saja hilang rasa,
Dimasak digaya cukup rasa,
Yang pahit itu enak pula,
Mengapa harus dibuang pula???
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Sangkaanku meleset pula,
Saat lidah ini masih tahu membeza,
Kepahitan,kemanisan,kemasinan 3 rasa,
Lidah ini masih elok fungsinya,
Masalahnya hanya satu saja...
kerana SAYANG!!!
Dgn mata yg layu,
Tubuh yg lesu,
Hati yg beku,
>>faiz..
>>9:59 a.m,
>>9/10/2011.
Siapa Bilang Cinta Itu Indah??
Siapa bilang cinta itu indah???
Yang indah itu hanya seketika.
Hanya sementara...
Siapa bilang cinta itu indah??
Kala rindu itu amat menyakitkan...
Kala ego diri harus dicampakkan...
Kala kasih ditagih hingga keletihan.
Siapa bilang cinta itu indah???
Kala hadir diri tidak kau nampak,
Kala kasih berbaloi entah kan tidak ,
Kala diri rasa menyemak,
Kala diri rasa tak layak.
Siapa bilang cinta itu indah???
Melainkan penuh plaster-plaster saja
Menutupi tiap luka ,
Demi sebuah cinta buat si dia,
Siapa bilang cinta itu indah??
Terlalu banyak harus dikorbankan...
Terlalu banyak harus diturutkan...
Terlalu banyak rasa harus dilupuskan..
Terlalu banyak suka duka..
Terlalu banyak air mata..
Cinta itu hanya melukakan...
>>>faiz...
3:17 a.m,
9/10/2011.
Yang indah itu hanya seketika.
Hanya sementara...
Siapa bilang cinta itu indah??
Kala rindu itu amat menyakitkan...
Kala ego diri harus dicampakkan...
Kala kasih ditagih hingga keletihan.
Siapa bilang cinta itu indah???
Kala hadir diri tidak kau nampak,
Kala kasih berbaloi entah kan tidak ,
Kala diri rasa menyemak,
Kala diri rasa tak layak.
Siapa bilang cinta itu indah???
Melainkan penuh plaster-plaster saja
Menutupi tiap luka ,
Demi sebuah cinta buat si dia,
Siapa bilang cinta itu indah??
Terlalu banyak harus dikorbankan...
Terlalu banyak harus diturutkan...
Terlalu banyak rasa harus dilupuskan..
Terlalu banyak suka duka..
Terlalu banyak air mata..
Cinta itu hanya melukakan...
>>>faiz...
3:17 a.m,
9/10/2011.
Pandangan Ini Kosong...
Ku lontar jauh pandangan...
Kosong,
Lamunan yang jauh..
Beromongan hati di dalam,
Bicara yang tak kedengaran,
Bisa saja difahami sendirian,
Usah kalian pedulikan.
Ada sebuah taman di pandangan,
Taman yang sangat mengasykikan,
yang sering membuai perasaan,
keindahan rasa yang tak bisa dimengertikan,
penuh keasyikan,
Dipenuhi bunga-bungaan.
Ingin saja aku petik
Sekelian bunga-bungaan,
Tinggalkan hanya dedaun kehijauan,
Buat peneman tangkai-tangkai,
Kala ia kian kekeringan.
Ingin saja aku petik sekelian bunga-bungaan,
Buang jauh dari pandangan.
Kerana aku tak bisa lagi memandang,
Merasai keindahan,
melainkan kesakitan,
Pandangan ini terlalu kosong..
Nukilan:
faiz
12:56 a.m,
9/10/2011.
Khamis, 6 Oktober 2011
Perlu Ada Daya...
Bersantai...
Bersiar-siar
Berenang....
Berjalan....
Berlari...
Perlu ada daya
Waima ingin ketawa.
perlu ada daya....
Tiada gelak tawa..
Tiada gurau senda
Andai tiada daya
Tiada terjana kuasa
Terlantar sepi tak berdaya
Hilang nikmat dunia
Putus asa
Meratap hiba.
Perlu ada daya
Dalam ketidak upaya
Mengolah segala daya
Yang pasti..
Perlu ada bahagia
Dlm apa jua bentuknya
Perlu diolah digaya
Agar tetap bahagia
Walau tiada upaya.
I don't feel good today:
Faiz,
2:15 p.m,
6/10/2011.
Rabu, 5 Oktober 2011
Di Balik Tirai Cinta..
Di balik tirai..
Ada cinta yang mengintai,
Dalam diam cinta tersemai,
Hanya mampu melambai,
Hanya mampu hai hai..
Di balik tirai..
Renungan itu cukup tajam,
Memanah cinta dalam diam,
Panah asmara yang dalam,
Merana diri memendam.
Dibalik tirai..
Menyimpul impian,
Melerai tiap kerinduan,
Pada cinta bayangan,
Dalam nyata yang tak ketahuan,
Hanya sekadar di balik tirai.
.....
faiz,
11:40 p.m,
5/10/2011.
# terhasil spontan...mata yg makin layu...hati x mau beradu.... mood mula mengadu,bosan...bosan..bosan,,,, apa lagi nynyilah lagu Amy Search~~ Aku Dah Bosan.Aku Dah Bosan..ahahaha....
Ada cinta yang mengintai,
Dalam diam cinta tersemai,
Hanya mampu melambai,
Hanya mampu hai hai..
Di balik tirai..
Renungan itu cukup tajam,
Memanah cinta dalam diam,
Panah asmara yang dalam,
Merana diri memendam.
Dibalik tirai..
Menyimpul impian,
Melerai tiap kerinduan,
Pada cinta bayangan,
Dalam nyata yang tak ketahuan,
Hanya sekadar di balik tirai.
.....
faiz,
11:40 p.m,
5/10/2011.
# terhasil spontan...mata yg makin layu...hati x mau beradu.... mood mula mengadu,bosan...bosan..bosan,,,, apa lagi nynyilah lagu Amy Search~~ Aku Dah Bosan.Aku Dah Bosan..ahahaha....
Rabu Yang Layuu....
Rabu yang layu....
Kelembapan ekonomi bukan isu,
Kelesuan fizikal mental di tangga satu,
Tiada kesayuan hati mau pun sendu,
Kelesuan melampau sepanjang waktu,
Segala rutin tertinggal di situ...
Rabu yang layu....
Hanya tampil sekadar termampu,
Disapa resah teman-temanku,
Tertanya-tanya di manakah aku,
Yang sentiasa ceria itu.
Rabu yang layu..
Terpukul aku disapa begitu,
Begitu perihatin rupanya kamu,
Rindu pada wakakaka ku,
Begitukah aku di mata kamu??
Terharunya aku...
Rabu yang layuu....
Ingin kugagahi diri selagi termampu,
Melayari hari-hari bahagia selagi ada waktu,
Semoga esok masih ada buatku.
>>> Aku yg lesu,
>>> 8:30 p.m,
>>> 5/10/2011.
# thanks 4 Maria Marie yg sgt perihatin...
Kelembapan ekonomi bukan isu,
Kelesuan fizikal mental di tangga satu,
Tiada kesayuan hati mau pun sendu,
Kelesuan melampau sepanjang waktu,
Segala rutin tertinggal di situ...
Rabu yang layu....
Hanya tampil sekadar termampu,
Disapa resah teman-temanku,
Tertanya-tanya di manakah aku,
Yang sentiasa ceria itu.
Rabu yang layu..
Terpukul aku disapa begitu,
Begitu perihatin rupanya kamu,
Rindu pada wakakaka ku,
Begitukah aku di mata kamu??
Terharunya aku...
Rabu yang layuu....
Ingin kugagahi diri selagi termampu,
Melayari hari-hari bahagia selagi ada waktu,
Semoga esok masih ada buatku.
>>> Aku yg lesu,
>>> 8:30 p.m,
>>> 5/10/2011.
# thanks 4 Maria Marie yg sgt perihatin...
Selasa, 4 Oktober 2011
Cantiklah hati...Cantiklah peribadi..
Terlalu memberi tidak baik utk diri...
Terlalu menyayangi,sentiasa susah hati..
Terlalu mengharap,kelak kecewa diri..
Terlalu cemburu,kan memakan diri.
Saat terukir senyum...
Bahagia pun menguntum,
Beribu rahsia tersirat,
Senyum jua yg tersurat.
Bahagia di hati terserlah pd diri,
Teratur peribadi,
Baik pekerti,
Kematangan diri menghias peribadi,
Cantiklah hati..
Cantiklah peribadi...
Tah apa2...
faiz....11:07 a.m,
4/10/2011.
# pic~~ Erin Farisha bt Faaizat.
Terlalu menyayangi,sentiasa susah hati..
Terlalu mengharap,kelak kecewa diri..
Terlalu cemburu,kan memakan diri.
Saat terukir senyum...
Bahagia pun menguntum,
Beribu rahsia tersirat,
Senyum jua yg tersurat.
Bahagia di hati terserlah pd diri,
Teratur peribadi,
Baik pekerti,
Kematangan diri menghias peribadi,
Cantiklah hati..
Cantiklah peribadi...
Tah apa2...
faiz....11:07 a.m,
4/10/2011.
# pic~~ Erin Farisha bt Faaizat.
Isnin, 3 Oktober 2011
Bukan Keinginan Ku...
Aku tidak pernah ingin menanggis..
Namun terlalu mudah pula air mata itu mengalir,
Lantas segera kupujuk diri.
Menyeka agar ia tidak terus terzahir.
Aku tidak pernah ingin berduka...
Namun duka itu sering saja membontotiku walau di mana,
Dalam senyumku ,dalam tawaku..
Lantas segera aku mengukir senyum di balik rawan hatiku.
Aku tidak pernah ingin menyapa kecewa..
Namun sering saja kecewa itu menjengah,
Walau tidak pernah aku menyerah kalah tanpa usaha,
Lantas aku pasrah & redha...
Aku tidak pernah ingin melukakan..
Namun sering saja aku melukakan,
Lantaran diri terlalu dibebani kesibukan..
Diri dirantai rutin yg melelahkan.
Lantas ada yg perlu aku fikirkan...
Mencermin diri sewajarnya.
Nukilanku:
faiz
5:34 p.m
3/10/2011
Langgan:
Catatan (Atom)





















