Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Barangkali tidak dapat lagi membeza,
Lantaran semuanya ditelan,
Tanpa terlihat cemekan,
Keluhan..
Rungutan..
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Peria yang pahit itu ditelan selamba,
Terus tersua ke mulut juga,
Ada kenikmatan di balik kepahitan,
Kata hati memujuk rasa.
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Jawapnya tidak pula,
Peria pahit itu bisa saja hilang rasa,
Dimasak digaya cukup rasa,
Yang pahit itu enak pula,
Mengapa harus dibuang pula???
Ku kira deria rasaku telah hilang rasa,
Sangkaanku meleset pula,
Saat lidah ini masih tahu membeza,
Kepahitan,kemanisan,kemasinan 3 rasa,
Lidah ini masih elok fungsinya,
Masalahnya hanya satu saja...
kerana SAYANG!!!
Dgn mata yg layu,
Tubuh yg lesu,
Hati yg beku,
>>faiz..
>>9:59 a.m,
>>9/10/2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan