Di hati ini ada sayang
Di situ ada rungutan
Di situ ada keluhan
Berbilik-bilik hatiku sayang
Di hati ini ada sayang
Bertembung sayang..rungutan...keluhan
Sayang yg berbalam
Tertindih ,menindih..terdidih emosi diam
Suara hati itu bicara dari dalam
Meminta difaham
Terkadang salah faham
Di hati ini ada sayang
Andai mata ku pejam
Hanya sayang ku pandang
Teraba-raba seorang
Kerana sayang ingin dipegang
Letih mata memejam
Sedang ia bukan hilang penglihatan
Tapi dipejam kerana sayang
Nukilanku:
fz
27/4/2012

Tiada ulasan:
Catat Ulasan