Kalau senyum itu boleh menyumbang bahagia jiwa
Mengapa tidak tersenyum buat mereka
Mengapa tidak berkongsi ceria
Sedang mereka mendamba rahsia
Tersenyum dalam jiwa lara
Kalau senyum itu boleh menyumbang bahagia jiwa
Mengapa harus merintih hiba
Mengapa perlu mengeluh kesah sentiasa
Kerana keluhan itu hanya melemah jiwa
Hanya menjana muram nestapa
Kalau senyum itu boleh menyumbang bahagia jiwa
Walau terkadang ada jua kisah duka
Walau terkadang ada gelora di dada
Namun kebijaksanaan perlu ada
Dalam merapi jiwa
Dan senyum semanisnya
Kan terlihat matang jua
Ayu peribadi di mata
Pesona keelokan tingkahnya
Kalau senyum itu boleh menyumbang bahagia jiwa
Senyumlah sentiasa
Nukilan:
fz
4:55pm
17/6/2012

Tiada ulasan:
Catat Ulasan