Adakah aku bukan sesiapa
Yg layak dicinta selayaknya
Ingin dipuja seindahnya
Disayang seikhlas rasa
Adakah aku bukan sesiapa
Kosong hati dalam suka
Tawa di balik jiwa nan lara
Kasihani aku duhai jiwa
Terluka kerana menyayangi si dia
Hadir diri entahkan ada
Kasih harus dicampak ke mana
Adakah aku bukan sesiapa
Entah apa kurangnya
Jujurlah berkata
Jangan biar aku tertanya
Nukilanku:
fz cyunk
8:45 a.m
16/4/2012

Tiada ulasan:
Catat Ulasan