Di kumpul seluruh kekuatan diri,
Ingin mengorak langkah pergi,
Namun tak berdaya lagi,
Hati rela terus di sini.
Esok yang tak pasti...
Walau tiada janji terpatri,
Tiada pengharapan di hati,
Sentiasa berpijak pada realiti,
Namun tak ingin melangkah pergi,
Tak ingin di undur diri,
Tak ingin mara lagi,
Esok yang tak pasti..
Realiti itu sama2 kita sedari,
Tidak kita pernah lupa diri,
Hanya hati pengikat diri,
Sayang untuk dilepas pergi..
Kesayuan sering menyapa diri,
Kala tersedar dari mimpi,
Resah bersarang di hati,
Esok yang tak pasti...
Kasih kian bersemi,
Naluri yang mulai terusik kini,
Namun realiti membatas diri,
Kerana esok yang tak pasti.
Nukilan :
>>>faiz<<<
12.00 a.m,
30/7/2011

Tiada ulasan:
Catat Ulasan