Pengikut

http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com

Isnin, 30 Mei 2011

Cerpen:Air Mata Seorang Wanita.

Cerpen:Air Mata Seorang Wanita.

by Faizhepi on Sunday, May 29, 2011 at 5:33pm

Tajuk: Air Mata Seorang Wanita.
           Malam yg tenang,langit cerah...indah sungguh alam kurniaan Tuhan.Sesekali mata menjeling jam di dinding,jam menunjukkan tepat pukul 12 mlm.Entah mengapa mata ini tak bisa dilelapkan.Lantas kubawa diri di balkoni ini.Duduk menghayati kecantikan alam ini.."Puan,masih belum tidur?"...suara bibik tiba2 mengejutkan lamunanku.Kubiarkan pertanyaan itu tidak bersambut.Ah! sibuk saja bibik ni fikirku.Semalam seharian aku di rumah.Melayan keletah anak2..Danial Aiman dan Alief Danish.Kasihan anak2ku...mama mereka sibuk bekerja.Papa mereka juga sibuk.Hanya bibik yg ada menemani mereka seharian di rumah.Sesungguhnya aku telah berhutang begitu byk masa terhadap kedua putera cilikku ini.Suamiku...entah mengapa sibuknya menjadi-jadi akhir2 ini.Terlalu byk keskah di firma guamannya kini? Itulah soalan yg bermain2 difikiranku.Apakah yg sedang disibukkan?hingga kini batang hidungnya pun belum nampak lagi...ke manakah suamiku pergi?Ah! pelbagai fikiran jahat bermain difikiran.Makin difikir,semakin gundah hati jadinya.Kugagahkan hati melangkah ke bilik air.Wuduk di ambil,bersolat tahajjud.
            "Ya Allah,kuatkanlah hatiku utk menempuh segala dugaanMu.Kembalikanlah suamiku yg dulu.Bantulah aku Ya Allah utk mempertahankan rumahtanggaku.Berilah aku kekuatan dan petunjukmu...Hanya padaMu tempatku memohon pertolongan & perlindungan".Sudahnya aku tertidur dlm penantian menunggu suamiku....Amri.
             "ibu...ibu...bangun ada call...ibu bangunlah...."...
             "puan,suami puan En.Amri b.Hj Arshad ada di  Wad 3,Hospital Tanjung Puteri.Harap puan segera datang"..
Aku masih terpingga2.Suamiku???...kenapa?? kemalangan??? Ah! sepantas kilat aku menukar pakaian.
              "Danial&Danish tinggal di rumah ye"...anak2 yg belum mengerti apa2 itu hanya mengangguk tanda bantahan.Sememangnya mereka telah biasa ditinggalkan.Jam telah menunjukkan pukul 8 pg.Aku telah kesiangan hari ini.Astaghfirrullallah...subuhku telah terlepas.
              "Selamat pagi..boleh saya tahu En,Amri b. Hj Arshad ada di bed mana ye?
              "ada di bed 16 puan"...
              "ok thanks..."Wajah jururawat itu sungguh manis sekali.Persis wajah seorg model.Kalau begini,pastinya ramai pesakit lelaki rela sakit selalu..Ah! ke situ pula melayang fikiranku.
               "Wana..." lemah sekali suara itu..
               "abang apa dah jadi nie?"...Kasihannya suamiku.Kelihatannya tercunggap2 ingin bersuara....Alatan yg menekup bahagian hidung & mulutnya tidak mengizinkannya utk berbicara lebih lanjut.Laporan kesihatan di atas meja keperhatikan.Nebullizer diambil 2 jam sekali.Hmm...sepertinya agak serius sakit suamiku ini.Kucuba tenangkan diri...
xxxxxxxxxxxxxx
Kata2 doktor pagi tadi berlegar2 di kptak fikiranku.
                "suami puan terpaksa kami transfer ke IJN,secepat mungkin.Keadaannya agak kritikal"...
Manik2 jernih berjuraian di pipi tanpa sedar.Tergamaknya aku mencurigainya selama ini.Kerana tidak ingin aku bersedih,dia rahsiakan penyakitnya selama ini.Anak2ku...Alief Danial masih kecil.Danial baru saja menyambut ulangtahun yg ke 4 minggu lalu.Si bongsu Danish pula baru berusia 2 tahun....masih terlalu kecil andai terpaksa kehilangan papa mereka.Aku pula??? Ah!! think positif Wana...Segera air mataku seka.Aku tidak seharusnya membiarkan diriku terlalu dibuai emosi.Selesai solat maghrib,berzikir mathurat serta membaca yassin...Alhamdullilah perasaan gundahku ibarat terbang di tiup angin.Sesungguhnya kekuatan mukmin itu adalah pada solatnya.Esok dengan berat hatinya,aku perlu meninggalkan kedua2 puteraku di bawah jagaan bibik.Kepada jiran tetangga telah kutitipkan pesanan utk memerhatikan ank2ku sepanjang ketiadaan kami suami isteri.
xxxxxxxxxxxxxxx
Suamiku sedang menjalani ujian ECCO.Kucuba tenangkan diri utk menerima apa jua yg bakal berlaku.Ternyata saluran darahnya kian tersumbat.Memerlukan pembedahan segera.Dua hari lagi pembedahan akan dijalankan.Aku berkira2 utk pulang sebentar ke Melaka utk menjenguk dua puteraku yg ditinggalkan.Syukur ibuku telah sampai dr kampung utk menemani mereka.Keadaan Amri agak stabi.lNeb yg diambil sekurang2nya membantunya  utk lebih stabil.Kutinggalkan suamiku dgn janji akan segera kembali.Byk keperluan perlu diambil.Esok pembedahan akan dijalankan.Saat aku menghulurkan tgn utk bersalaman perasaan sayu menyelubungiku.Sempat juga Amri suamiku memberikan ciuman di pipiku berserta pelbagai pesanan agar berhati2 di jalan raya.Serta salam rindu buat putera2 kami.
              Perjalanan dr K.Lumpur ke Melaka terasa sgt lambat.Tak sabar utk memeluk kedua puteraku.Saban hari aku menelofon mereka dan saban hari juga mereka bertanya bilakah mama & papa mereka akan pulang?sabarlah anak2ku..papa lebih memerlukan mama tika ini..Akhirnya sampai jua aku ke destinasi yg dirindui.Anak2ku Danial & Danish berlarian melihat kelibat keretaku.Rasa rindu yg menggunung baru saja berbungga.Namun tiba-tiba..
             "Dammmmm...."
             "mamaaaaaaaaaaa".....
             "Danial....Danish....ibu.....""
Aku meluru keluar menerpa ke arah putera2ku yg berlumuran darah.Pemandu lori itu terkedu penuh bersalah....Namun Danial & Danish telah pergi selamanya dlm perjalanan ke hospital.Aku menanggis semahu2nya...Ibu & bibik berkali2 memohon maaf atas kecuaian mereka tidak mengunci pintu pagar.Jesteru mereka telah meluru keluar sebaik mendengar deruan enjin kereta mama yg dirindui.Air mataku kian laju berjuraian.Bgm harus kuteruskan hidupku??Seluruh jiwaku telah pergi bersama tragedi berdarah tadi.Sekelip mata aku kehilangan kedua puteraku.Wajah comel & keleteh mereka silih berganti dikelopak mataku.
Ya Allah kuatkanlah hatiku...aku terlalu tak berdaya utk menempuh semua ini sendirian..Dgn berat hati Amri tidak kukhabarkan berita ini.Tentunya suamiku amat terkilan tidak dpt menatap wajah mereka buat kali terakhir.Namun,inilah yg terbaik buatmu.Selesai pengebumian mereka,aku harus kembali ke Kuala Lumpur.Di sana,Amri entah bgm pula..Terasa amat berat beban yg kutanggung..Rakan taulan,sanak saudara serta jiran tetangga amat bersimpati terhadapku.Namun aku berkeras utk pergi bersendirian.
             Memandu sendirian di mlm yg hening ini bersama kesedihan yg tak tertanggung.Aku menanggis semahu2nya.Setiba di IJN,suamiku telah mula melalui fasa berpuasa.
            "Wana,ok ke ni? mengapa menanggis sampai bengkak mata?abang tak apa2...ok je ni...mengapa Wana sedih sgt ni??"
Aku tidak mampu menjawab sepatah pun pertanyaan itu.Air mata yg mula bergenang cuba kutahan.
            "Bgm anak2 kita sayang? Danial & Danish sihat tak??"
Ya Allah kuatkanlah hatiku....segera aku berlari ke bilik air.Membasuh muka dan menanggis semahu2nya.
            "abang ok ke? Wana tak apa2...cuma mata masuk habuk je.."
            "Alhamdullilah...Wana,janji pada abang...sekiranya terjadi apa2 pd abang,jagalah anak2 kita sebaik2nya"....
Tanpa sedar aku menanggis teresak2...air mata tak bisa kutahan lagi.Terlalu berat penderitaan yg kutanggung kini.Tadi aku baru saja menyaksikan tragedi berdarah yg mebimpa anak2ku...Dlm kegembiraan melihat bayangan mereka sepantas kilat pula nyawa mereka diragut.Terasa masih segar dlm ingatanku melahirkan mrk,melihat mrk merangkak,berlari...bercakap,Masih belum puas lagi aku memeluk mrk....mencium pipi mrka.Aku semakin galak menanggis.. yg pasti cuma aku sendiri yg mengerti tanggisan itu krn apa....
            Awal pagi lagi Amriku telah bersiap sedia utk ke dewan bedah.Sebaik subuh lagi aku telah cuba bersikap setabah2nya,sekuat2nya.Ibu yg baru semalam kehilangan 2 org anak,kini akan melepaskan suaminya pula menjalani pembedahan jantung,major operation...Aku sendirian...Sekelian keluarga kami sibuk menguruskan hal ehwal urusan kenduri arwah dsbnya...Sengaja aku biar semua orang tidak menemaniku takut 2 terbocor rahsia.Kasihan suamiku andai mendpt serangan jantung @ tekanan darah tingginya naik dlm situasinya kini yg sedia kritikal.Minit2 terakhir ke dewan bedah amat mendebarkan.Wajah tenang suamiku kutatap penuh syahdu .Perasaan takut kehilangan amat menebal dlm diri.Wajah kedua puteraku silih berganti difikiran.Hatiku digamit duka yg teramat...
           "Ya Allah selamatkanlah dia....janganlah kau ambil dia dariku..".Menanti di bilik menunggu saat pembedahan di jalankan amat menyeksakan.Air mata kian bergenang.Aku boleh jadi gila begini...Aku pasti boleh gila andai melayan perasaan sedihku..kena kuat!!! kuat!!! kuat!!Aku melangkah ke surau....Membaca Al-Quran,yassin dan bersolat hajat.5 jam telah berlalu...sedih sungguh keadaannya.Dililiti segala macam wayar...3 hari di ICU,Amirku masih begitu...3 hari juga aku tidak menjamah makanan.Fikiran yg bercelaru....Namun aku masih kuat krnMu Ya Allah...Panggilan telepon dr DR.Rais mengejutkanku.Aku bergegas ke ICU.Suamiku mendapat komplikasi jantung.Doktor perlu menjalankan pembedahan segera.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
             Seharian aku di sini....Di sinilah tempat yg paling damai bagiku.Di sini ada sekelian insan yg aku sayangi.Di sini ada Danial.Di sini ada Danish...Di sini juga ada suamiku Amri...
            "Wana....mari kita balik nak...hari dah gelap nie.Esok kita ziarah lagi..."pujuk ibu lembut.
Aku hanya membisu kaku.Hatiku telah kosong...Dibawa pergi oleh mereka...Ketiga tiga insan yg aku sayangi.Harus bgm aku teruskan hidup ini??Segalanya amat pedih pedih bagiku.Hampir 3 bulan masa berlalu...
             "As salam....Kak Wana kan?"
             "Walaikum slm..." siapakah wanita ini bisik hatiku...
             "Kak,saya Ayu Aina...isteri abang Amri.Ini anak kami Mimi Aina..."
Laju wanita itu memperkenalkan diri...Aku hampir pengsan mendengar pengakuan wanita muda ini.Air mataku berguguran lagi...
              SEKIAN>>>>
#nukilan:
faiz....
dihasilkan pd April 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

FZ Cyunk Bhd