Salakan anjing bersahut-sahutan...meremang segala bulu roma Shima.
Keheningan pagi terganggu...Bunyi salakan anjing-anjing di luar menyeramkan.
Fikiran yang sarat dengan segala persoalan tadi bertukar menjadi satu rasa yang tidak menyenangkan dek salakan yang tiada hentinya..Ada rindu di hati saat ini...Rindu pada seorang teman tapi mesra barangkali.Ada rasa sayang yang mula berputik...Sayang pada insan yang mula bertakhta di hati.Yang telah mencuri hati.Persoalannya kini,wajarkah diteruskan perasaan itu?? Bertemu 4 mata juga belum pernah.Bagaimana harus dikatakan jatuh cinta? Ah payah...Yang pasti hati wanitanya telah tercuit dengan kata-kata teman facebook yang satu ini.Andainya dia masih bujang tidaklah jadi masalah.Masalahnya kini...masing-masing berstatus telah berkahwin...ye berkahwin!masing-masing ada tanggungjawab yang mungkin terabai kini.
Akhir-akhir ini,waktu senggangnya terbazir di laman sembang saja.
Pantang ada peluang,mereka akan bersembang berjam-jam lamanya.Terasa seolah-olah di alam remaja...Perasaan yang sangat indah itu mengheretnya untuk terus mendekati Hairie.Saban hari,saban waktu...hanya Hairie difikiran dan di hati...Rindu serindunya hanya Hairie di hati.Perasaan terhadap suami pula kian berkurangan.Jasad di sini...hati entah ke mana.Perasaan yang cuba ditepis ini amat sukar dimengertikan.Lain di hati...lain di fikiran.Akal fikiran mewaraskannya untuk tidak terus melayan perasaan.Hati pula tidak dapat dikawal lagi.Biar jauh beribu batu...namun sentiasa dekat di hati.Masih segar dalam ingatannya,perkenalan yang bermula di alam maya itu kira-kira sebulan lalu.Di situ bermulanya segala-galanya.Tanpa sedar hubungan yang menyenangkan itu berlarutan hingga ke talian telefon.Kemudian berlanjutan ke sistem pesanan ringkas pula... sukar difahami kata hati...Sukar dikawal rasa rindu itu...
Persoalan yang tiada nokhtah itu dibiarkan sepi.Mata yang menggantuk itu masih tidak mengizinkannya menghalau ingatannya terhadap Hairie...Lelaki itu sememangnya sentiasa ada di hati dan fikirannya siang dan malamnya.Lelaki yang sedang tidur lena disisi...ah! suamiku bisik hatinya tambah buat hatinya kacau dan rasa bersalah.Perasaan ini tidak diundang hadirnya...berbunga tanpa diduga...persahabatan di facebook yang dijangka hanya suka-suka mencuit pula hatinya.Puas difikir2...ditimbang-timbang di manakah kelebihan teman tapi mesranya itu..tiada ketemu jua jawapannya.Semakin difikir,semakin kusut hati.Tidur sajalah pujuk hatinya.
Seawal pagi lagi pesanan ringkas dari Hairie telah menyapa.Hati berbunga riang.Hairie lelaki budiman,masih pandai mengawal emosi.Namun kadang kala soal hati tidak dapat lari menjadi mainan hati.Bergetar hati wanitanya dengan kata-kata yang menguji hati.Kata-kata rindu yang seringkali ingin diabaikan akan terbabas jua.Sememangnya rindu yang kian membara itu amat mengetar jiwa.Hati yang kembang se taman itu dipenuhi dengan bunga-bunga cinta.Yang sedang mekar di hati.Beribu kali ingin ditepis,amat payah rasanya.Mencintai seseorang yang bukan milik kita sesuatu yang amat menyeksakan.Merindui sseorang yang tidak sepatutnya amat menyeksakan.Adakah aku benar-benar jatuh cinta?atau hanya mainan perasaan? soal Shima sendiri.Ada rindu di hati.Ada kerunsingan yang tak bertepi.. Sulit untuk difahami.Adakah aku keliru?soal hatinya sendirian lagi..
"Shima,awak ada apa-apa masalah ke?"tanya Hakimi menyoal si isteri
"takde lah bang...kenapa?" jawab Shima acuh tak acah.Menyembunyi rahsia hatinya.
"abang tengok awak banyak termenung,tersenyum sendiri.Ada apa-apa ke?"
Berderau hati Shima saat itu.Bagaimana perubahannya bisa dikesan si suami. Kena lebih hati-hati bisik Shima sendiri.Andainya Hakimi tahu segala kecurangannya pasti masalah bakal melanda.Dia cukup kenal sikap suaminya yang panas baran itu.Kalau marah tiada redanya..Mahu berantakan rumahtangga.
Kasihan anak-anak..Aku tidak ingin memperjudikan rumahtanggaku,bisik hati Shima sendirian.Namun bagaimana harus kuhentikan semua ini..Hati sudah terlanjur sayang.Adakah Hairie juga begitu atau sekadar gurauan perasaan? Segalanya adalah tidak pasti.Andainya dia memilih untuk meninggalkan si suami demi cinta yang baru berputik,adakah Hakimi akan menerimanya sebagai suri hati?Segalanya amat berisiko sekali.Mengapa oh mengapa?Begitu ramai yang cuba mengetuk pintu hatinya...begitu kuat dia mempertahankan kehormatan diri...begitu rapat hatinya dikunci..mengapa hatinya cair di tangan Hairie yang entah siapa-siapa...Itukah cinta?? Butakah cinta? atau aku yang terpedaya...soal hati Shima sendiri.
Rutin harian yang sibuk bukan penghalang buat Shima terus berhubung dengan Hairie.Jarak yang jauh bukan alasan...talian telefon juga sistem pesanan ringkas jadi penghubung.Sepanjang hari mereka berhubung... bersambung lagi di ruang sembang hingga dinihari.Perbualan yang biasa-biasa saja namun mampu membahagiakan hati.Mungkinkah kekecewaan hatinya terhadap pergolakan rumahtangganya adalah penyumbang hatinya dicuri oleh Hairie.. Hairie juga begitu...ada kisah dukanya tersendiri.Sukar untuk dimengertikan hubungan baik yang terjalin kini...Harus dikatogerikan sebagai apa? kekasih? tidak juga kerana masing-masing cukup sedar status diri...Sahabat? namun agak mesra...ada rindu di hati...namun masih mampu dikawal lagi.Adik dan abang juga agak tidak sesuai..Kawan baik? ah keliru...Yang pasti hubungan yang amat disayangi.Adakah itu cinta? atau cuma keliru barangkali.
Atau aku juga akan menyumbang satu lagi jumlah keruntuhan rumahtangga kerana facebook..oh tidakkk..Sesak fikiran Shima seketika.Begitu seriuskah bahana kecurangannya kelak.
Segalanya harus dihentikan.Shima nekad kini.Ada rasa sedih di hati untuk mengakhiri cinta yang baru bersemi.Namun ada tanggungjawab yang harus digalas.Shima berperang dengan perasaan sendiri...segalanya amat menyakitkan.Lebih menyakitkan apabila Hairie mengakui semuanya hanya gurauan.Shima menanggis semahu-mahunya...menanggisi kebodohan diri...
Sajak: Jangan Bermain Api
Jangan bermain api
Jangan cuba-cuba merapatkan diri
Bahana api kan membakar diri
Jangan bermain api..
Api cinta yang marak bersemi
Hanya marak seketika
Kelakkan terbakar diri
Rentung sama sekali
Jangan bermain api..
Andai gagal mengawal diri
Bermainlah dengan api
Andai sepatutnya barangkali
Jangan beranikan diri
Jika sememangnya kan terbakar diri.
SEKIAN.....
Hasil nukilanku:
faiz...
1:20 p.m
6/6/2011
aik! cm pernh dengar je cerpen ni live tau
BalasPadam