Ada pengkhianatan dalam dusta
Malang kasih itu bakal bersisa
Kala tiap inci dusta dibuka
Percaya itu bakal meruntuh hiba
Ada pengkhianatan dalam dusta
Tega diri pertaruh percaya
Tergadai waras akalnya
Hanya ingin memenang cinta
Ada pengkhianatan dalam dusta
Kerana kasih tiada membeza
Kaku membeku bertanda tanya
Menduga hati dihitung kira
Di situ ada dusta
Ada pengkhianatan dalam dusta
Kecewa yang bakal meremuk segala
Percaya kan tiada maaf baginya
Kerana di persenda dusta
Nukilan:
fz cyunk
9:17pm
7 Julai 2012

Tiada ulasan:
Catat Ulasan