Pandanganku memang terbatas..
Itu saja telah buat aku rimas
Disaji dgn sikap insani yg membuas
Saling menikam menindas
Lidah membunuh bebas
Malang bagi yg lemah tumpah
Tiada daya utk membidas
Kerana ia tidak cukup keras
Hati sering tahu batas-batas
Di situlah ia tewas
Pada permainan dunia yg buas
Pandanganku memang terbatas
Namun hati ini telah cukup puas
Masak dengan karenah dan tempias
Segalanya berasas
Tidak lagi aku cepat melepas
Rasa hati berkongsi bebas
kerana dunia ini cukup buas
Manusia pergi dan datang melintas
Percaya itu harus berbatas
Lidah jangan terbabas
Sentiasa harus awas
Nukilan:
fz
4:14 pm
3/9 /2012

Tiada ulasan:
Catat Ulasan